KEMELUT DALAMAN PKR BERTERUSAN..
GEMPAR semalam. Azmin Ali keluar PKR? Maka, cepat-cepat Timbalan Presiden PKR itu, Mohamed Azmin Ali menafikan khabar angin beliau meninggalkan parti semalam. Pejabat Mohamed Azmin Ali juga menafikan perletakan jawatan YB Mohamed Azmin dalam PKR, kata kenyataan tersebut. Diberitakan, sebaran Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) semalam selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diumum sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu, Azmin dikatakan meletak jawatan dalam parti dan menjadi ahli Parlimen Bebas. Pejabat Azmin juga mendakwa khabar angin tersebut diwujudkan bertujuan untuk memecah-belahkan perpaduan parti, pada ketika pergelutan memang berlaku melibatkan kepimpinan di negeri Selangor.
Justeru, sebaran tersebut diyakini bertujuan untuk memecah-belahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat khususnya PKR, katanya. Kenyataan tersebut juga memberitahu Azmin ketika ini berada di Mekah menunaikan ibadah Umrah dan menolak kebenaran khabar angin tersebut. Khabar angin peletakan jawatan ini bukan kali pertama berlaku. Ia timbul juga tahun lepas semasa pertikaian untuk melantik Menteri Besar Selangor selepas berakhir Pilihan Raya Umum ke-13. Malah, Azmin juga secara terbuka menyatakan rasa tidak setuju terhadap pelantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar penggal kedua.
Pertikaian tersebut berlarutan sehingga hari ini, malah secara terbuka kepimpinan PKR menyatakan penolakan kepimpinan Khalid di Selangor. Talian hayat Khalid kian pudar. Adakah Khalid kekal sebagai MB Selangor? Sama-sama kita tunggu. Wasallam ~ IBM
No comments:
Post a Comment