Pages

Monday, July 21, 2014

BERITA YANG BUAT PEMIMPIN PAKATAN CABUT DAN LARI MALAM...

ISNIN, 21 JULAI 2014
BERITA atau análisis ini bukan rekaan dari IBM. Tapi ianya datang dari Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMcedel). Jadi, sudah tentu pembangkang tidak akan menunding jari pada Barisan Nasional (BN), kononya BN buat fitnah dan sengaja reka-reka cerita. Kajian ini, memang ada asas dan faktanya. Pembangkang tidak lagi boleh menabik dada mengatakan bahawa mereka benar-benar membela nasib rakyat. Janji yang mereka buat adalah hanya untuk mendapat sokongan rakyat semasa PRU sahaja. Lepas tu, mampus le korang. 

Mengikut analisa yang dibuat, Pakatan Rakyat (Pakatan) gagal mengekalkan sokongan rakyat di Selangor. Sumber dan berita ini berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel). Kajian yang dilakukan setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) itu merekodkan sokongan Pakatan merosot kepada 35%. Memetik laporan dari portal pro pembangkang hari ini, kajian itu juga menunjukkan peratusan mereka yang tidak pasti dengan kedua-dua gabungan dan enggan menjawab soalan dalam kaji selidik itu kini membentuk 40%. Bagaimanapun sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kekal sebanyak 25%. Pembentangan khas mengenai hasil kajian itu dikendalikan bekas Pengarah UMcedel Profesor Datuk Dr Redzuan Othman (gambar atas kanan).

Kajian yang dilakukan pada 10 hingga 19 Mei baru-baru ini dijalankan untuk sekumpulan pengkaji politik termasuk The Malaysian Insider. Kami dapati mereka yang tidak lagi menyokong PR ini banyak beralih kepada golongan 'tidak pasti' yang kini membentuk 40% (termasuk 15% yang tidak mahu menjawab), selain pergi kepada BN, kata Redzuan. Kali terakhir UMcedel menjalankan kajian yang sama di Selangor ialah pada September 2012. Bagaimanapun, Redzuan tidak mendedahkan kenapa sokongan kepada pakatan pembangkang itu berkurangan.

Pergolakan kini berlaku di negeri itu susulan usaha sesetengah pihak dalam Pakatan yang mahu menukar menteri besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Pengarah UMcedel yang baru Dr Amir Saifudee Ghazali turut hadir dalam pembentangan yang diadakan di pejabat UMcedel tersebut. Kajian setahun selepas PRU13 itu dibuat UMcedel untuk pelbagai perkara namun hanya kajian untuk Selangor dikeluarkan terlebih dulu untuk siaran kerana ia dianggap paling relevan dengan apa yang berlaku di negeri itu sekarang. Jadi, IBM rasa pemimpin-pemimpin Pakatan mula gentar bila membaca pendedahan ini oleh UMcedel.

Apakah maklumat ini tepat atau hanya sekadar kajian yang tidak menentu kerana bila di tanya pada pembangkang? Sudah tentu mereka akan menafikan sekeras-kerasnya, malah mereka begitu konfiden pada PRU ke-14 nanti, mereka akan menang besar dan akan menubuhkan kerajaan. Biar IBM teranglan di sini. Pembangkang, jangan bermimpi di siang hari. Insyallah Selangor akan kita orang rampas kembali dari tangan-tangan yang telah menodai negeri Selangor yang bertuah ini. Percayalah! Wasallam ~ IBM

1 comment:

  1. Damage controll oleh Prof KANGKUNG Dato Dr Redzwan ...apa mcm najib?? boleh sambung kontrek lagi tak??

    ReplyDelete