Pages

Thursday, July 24, 2014

DEMI MENGHORMATI MANGSA NAHAS MH17, RUMAH TERBUKA ANGGOTA KABINET DIBATALKAN....

KHAMIS, 24 JULAI 2014
BAGUS LAH bila kerajaan mengumumkan untuk tidak mengadakan Majlis Rumah Terbuka Jemaah Menteri sempena Aidilfitri minggu depan. Mengikut kata sumber ianya dibatalkan bagi menghormati mangsa nahas pesawat MH17, termasuk 43 rakyat Malaysia, 17 Julai lalu. Mengikut jadual, majlis pada 1 Syawal itu sepatutnya berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini berkata, Kabinet bersetuju dengan keputusan itu dalam mesyuarat yang diadakan hari ini. 

Kabinet juga bersetuju membatalkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia 2014 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang dijadual diadakan di Rembau, Negeri Sembilan. Walaupun negara masih bersedih di atas tragedi ini, umat Islam masih disyariatkan untuk meraikan Aidilfitri setelah sebulan mengerjakan ibadat berpuasa di bulan Ramadan dengan sempurna dan kembali ke jalan fitrah Ilahi. Oleh itu, IBM mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri, mohon dipinta dan sekiranya penulisan IBM di blog ini ada yang menguriskan perasaan sesiapa. Jesteru IBM menyusun jari sepuloh memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca-pembaca yang budiman. Kosong-kosong ye! Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment