Pages

Wednesday, July 16, 2014

GADIS PEUGEOT #CDM25 PEMBULI JALAN RAYA DI CARI POLIS

RABU, 16 JULAI 2014



BERTUDUNG TIDAK MELAMBANGKAN PERWATAKAN SEBENARNYA SESEORANG PEREMPUAN

KORANG semua dah tengok ke video gadis Peugeot yang mengamuk sakan gara-gara apabila kereta barunya di langgar dengan tak sengaja oleh seorang lelaki tua yang dan beruban pun. bukan itu sahaja, dia bertindak agerasif apabila menggunakan kunci setering keretanya memukul kenderaan lelaki tua itu. Bila kita lihat dari segi pakaian perempuan tersebut dengan tudungnya sudah tentulah gadis tersebut merupakan seorang yang bersopan, lemah lembut perangai, tapi tak sangka berperangai macam orang yang kurang siuman. Memang mamalukan seolah-olah negara kita ini tiada undang-undang sehingga dia sanggup bertindak liar sebegitu rupa terhadap seorang lelaki tua yang lemah.

Diatas tindakan agerasifnya itu, Polis akan mengambil tindakan terhadap perempuan yang didakwa melakukan penderaan lisan dan beberapa kali memukul kenderaan seorang lelaki tua dengan kunci stereng selepas kereta Peugeot baharunya terbabit dalam kemalangan kecil. Insiden yang berlaku di Kuantan itu telah dirakam dan dikongsi di YouTube oleh pemandu berhampiran yang berada di tempat kejadian.  Mengulas mengenai video tersebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan wanita itu adalah 'tidak boleh dimaafkan'.  Itu bukan cara untuk mengendalikan situasi yang berlaku kerana kita tidak tidak perlu meletakkan undang-undang ke dalam tangan sendiri.
Inilah wajah perempuan Peugeot #CDM25 yang mengamuk sakan

Tidak kiralah sama ada lelaki itu telah membuat laporan dengan kami berhubung kejadian itu atau tidak. Perkara utama adalah, kita telah melihat video itu dan tindakan wanita itu menunjukkan tingkah laku pembuli jalan raya. Oleh itu, kami akan membuat laporan terhadapnya dan tindakan akan diambil," katanya. Dalam video itu, perempuan itu menyerang dan menjerit memanggil lelaki itu "sangat bodoh", melemparkan kata-kata berbaur perkauman dan menuntut dia membayar RM2,000 sebagai pampasan. Walaupun dikasari, lelaki tua berkenaan tetap tenang dan menawarkan untuk membayar ganti rugi bagi kerosakan.

IBM rasa korang pun boleh nilaikan dan merasa malu akan tindakan perempuan itu yang seperti tidak bermoral, hanya pentingkan dirinya sendiri. Elok benar orang seperti ini di larang dari memandu dan tarik balik lesen memandunya. Baru padan muka dia. Wasallam ~ IBM

2 comments:

  1. Kalu x nak kerete di langgar...simpan aje kereta dalam peti ais.. Kereta x lah seberapa pun..baru pakai no 2 angka belagak mengalahkan menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~MoonHead,

      Salam.
      Ala biasalah tu bro. Nampak je bertudung, tapi perangai mengalahkan gengster....bian sapa le tu...issss...issss.memalukan bangsa melayu dan menjatuhkan martabat kaum hawa.....

      Delete