Sumber : Antarapos
Semua pihak termasuk pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan), badan bukan kerajaan (NGO) dan juga rakyat harus bersabar dan memberi ruang kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyelesaian isu pertukaran Menteri Besar Selangor. Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Selangor, Amiruddin Shari (gambar bawah) berkata, ini kerana keputusan berhubung kedudukan menteri besar itu perlu dilakukan secara konsensus, dan bukan berdasarkan pendirian parti sahaja. Saya kira Datuk Seri Anwar mengambil pendirian untuk mengambil masa berbincang dengan PAS dan rakan Pakatan Rakyat. Jadi saya kira memang patut kita beri ruang kepada beliau melihat perkara itu. Saya percaya kepimpinan Pakatan, setelah melihat kepada perkembangan terkini, akan membuat keputusan terhadap kedudukan Menteri Besar Selangor," katanya kepada Antarapos.
Anwar dalam satu majlis berbuka puasa di kediamannya malam tadi menegaskan Pakatan tidak akan bertindak tergesa-gesa untuk mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Ada persefahaman, tapi saya tak fikir kita perlu tergesa-gesa. Perbincangan ini dibuat secara tertutup, lebih baik kita tanganinya dengan teratur dan tertib," kata Anwar. Mengulas berkenaan hal itu, kata Amirudin, beliau percaya pimpinan Pakatan negeri ini khususnya akan menunggu keputusan yang bakal diputuskan dengan sabar. Rakyat Selangor dan pimpinan Pakatan Rakyat khususnya di Selangor berharap agar isu ini diselesaikan dengan baik dan kita dapat menumpu kepada pentadbiran negeri, perkhidmatan kepada rakyat dan seterusnya menyediakan asas kukuh persedian untuk Pilihan Raya Umum ke-14," ujarnya.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai pandangan yang disuarakan bapa kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah, iaitu Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood yang mencadangkan agar tinjauan umum dilakukan bagi mengetahui calon pengganti Khalid, ulas Amirudin, ia boleh dipertimbangkan. Tetapi dengan mendapat pandangan daripada pimpinan akar umbi, NGO, menilai prestasi yang sedia ada, saya kira itu cukuplah. Kalau Pakatan memerlukan perkara tersebut, (maka) bolehlah dibuat," katanya lagi. Apa yang pasti, kedudukan Khalid sebagai MB ibarat 'telur di hujung tanduk'. Sekebal manapun si Khalid gagap, namun Anwar dan kuncu-kuncunya memang sudah bersedia untuk mengingkirkan Khalid. Kesian Khalid. Itulah episod dan krisis dalam PKR yang kini semakin runcing dan menuju ke jalan kehancuran. Wasallam ~ IBM
No comments:
Post a Comment