KEMELUT JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR..
MARI kita renung-renungkan siapa diantara kedua-kedua pemimpin PKR ini yang tertekan di dalam isu dan kemelut jawatan Menteri Besar yang Baharu? Anwar atau pun Khalid? Kalau kita baca seperti apa yang dilaporkan oleh portal Antarapos di bawah ini, jelas menunjukkan bahawa Tan Seri Khalid terus mendapat sokongan yang padu dari rakan kongsinya, iaitu PAS. Pemimpin-pemimpin PAS negeri menyokong penderian Presidenya supaya Khalid terus kekal menerajui negeri Selangor sebagai Menteri Besar.
Dari situ kita dapat lihat bahawa cita-cita Anwar untuk mengangkat atau menjulang isterinya untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru tidak mendapat tempat di kalangan rakan kongsinya dalam Pakatan. Cuma DAPig sahaja yang kononnya begitu kecewa kepada Khalid yang tak mahu berundur sekali gus melepaskan jawatan Menteri Besar. Namun, DAP tidak berbuat apa-apa hanya melalak di dalam portal pro mereka.
Oleh itu, Anwar harus mengambil iktibar, bukan semua yang telah beliau rancangkan beroleh kejayaan dan bukan semua langkah yang beliau aturkan seperti "langkah Kajang' akan berjaya. Segala kehendak peribadinya selama ini tidak direstui oleh rakyat dan juga Allah SWT. Maka, wahai Anwar, cepat-cepatlah kamu bertaubat. Jangan kamu memperalatkan isteri kamu yang terang-terang kamu gunakan sebagai 'papet' gara-gara kerana kerenah dan 'nafsu' politik kamu dan agenda tersirat kamu yang mana telah banyak memporak-perandakan negara dan rakyat jelata.
Apabila cita-cita kamu untuk menjadi Perdana Menteri tidak kesampian, satu negara kecoh kau buat. Kamu ajak rakyat ke jalanan untuk berdemo. Kamu salahkan SPR bila kamu tewas. Tapi, kali ini adalah penghujung 'talian hayat' mu kerana penjara Sungai Buloh sedang menanti mu. Berbalik kepada isu Menteri Besar Selangor yang hangat di perkatakan sekarang ini, memang ianya amat-amat meloyakan. Setiap hari dipaparkan di Portal-portal tempatan, surat-surat khabar dan juga blog-blog tentang masalah dan kemelut jawatan Menteri Bear ini. Sampai bila isu ini akan selesai?
Kalau amat-amati betul-betul dan kita lihat suasananya sekarang ini, memang ada pihak yang begitu konfiden bahwa pihaknya akan berjaya dan Khalid akan akur serta tunduk kepada kehendak mereka. Tapi, bagi pihak Khalid pulak, dia merasakan bahawa dia juga berhak mempertahankan jawatan tersebut yang telah beliau sandang selama dua penggal. Kesimpulnya, siapa yang tertekan sekarang ini? Anwar atau Khalid Ibrahim? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Wasallam ~ IBM
No comments:
Post a Comment