AL-FATIHAH! Jenazah biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini kira-kira pukul 12.10 tengah hari Sabtu. Allahyarham sebelum itu dimandikan dan disembahyangkan sebanyak tiga kali di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) kira-kira pukul 10 pagi. Sejak pukul 7 pagi, rakan- rakan artis sudah pun menunggu di masjid untuk memberi penghormatan terakhir. Berita kematian Datuk Sharifah Aini amat memeranjatkan seluruh peminat-peminat tanah air dan negara kehilangan seorang penghibur tanah air yang telah banyak berjasa dan mengharumkan nama negara di dalam dunia muzik dan hiburan.
Antara yang kelihatan, Uji Rashid, Hail Amir, Zaiton Sameon, Ellie Suriati, Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Siti Nurhaliza, Aznah Hamid, Habsah Hassan, Datuk Chef Wan, Fazli Zainal, Salwa Abdul Rahman, Mak Jah, Rohana Jalil, Datuk Hattan dan ramai lagi. Allahyarham telah meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini. Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat fibrosis paru-paru atau 'paru-paru berparut'. Berita kematian penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu disahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu Aishah Ali. Marilah kita sama-sama mendoakan agar rohnya di tempatkan di dalam golongan orang-orang yang solehan dan beriman. Amin..amin raba'alamin. Wasallam ~ IBM
No comments:
Post a Comment