Pages

Friday, July 4, 2014

KES PUKUL ISTERI : AWIE MENGAKU TIDAK BERSALAH!

JUMAAT, 04 JULAI 2014
Ayahanda Awie Ganas?
SUKAR. Memang sukar untuk di percayai bila terbaca di akhbar-akhbar dan portal tempatan apabila penyanyi rock terkenal, Awie dikatakan memukul isterinya baru-baru ini. IBM memang terkejut. Setahu yang IBM tahu, Awie bukanlah seorang yang ganas, panas baran atau kaki pukol perempuan. Ini yang meghairankan IBM. IBM tidak le begitu rapat dengan Awie, tapi selalu jugaklah duduk minum bersama dengan Awie di Kelana Jaya. Perwatakan Awie memang tidak menampakkan bahawa dia adalah seorang insan yang ganas. Tapi, berita ini sebaliknya. IBM rasa mesti ada yang tak kena. Apapun, Awie di dakwa di Mahkamah Majistret Ampang dan beliau mengaku tidak bersalah seperti yang dipaparkan di bawah ini :

Penyanyi rock terkenal, Awie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang, di sini, atas pertuduhan memukul isterinya, baru-baru ini. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman. Mengikut pertuduhan, dia dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Rozana Misbun, 36, hingga menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan. Perbuatan itu didakwa dilakukan di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana Ampang, di sini, kira-kira jam 1.30 petang, pada 2 Jun lalu. Berikutan itu, dia didakwa mengikut Selsyen 325 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. 

Akhbar sebelum ini melaporkan Awie yang juga vokalis kumpulan Wings dikatakan mencederakan isterinya di tempat awam sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius. Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang, pada 17 Jun lalu, kerana bimbang kejadian sama akan berulang. Ahad lalu, selepas tersebarnya beberapa keping gambar isterinya yang mengalami kecederaan di laman sosial, Awie mengaku dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. Awie boleh lagi di jatuhkan hukuman, maka janganlah kita menambah-nambah cerita di bulan puasa ini. Biar Mahkamah yang menentukan. Kita tunggu sahaja. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment