Pages

Saturday, July 19, 2014

MAS BAYAI AS$5,000 KEPADA KELUARGA MANGSA BAGI BAYARAN AWAL.

SABTU, 19 JULAI 2014

LAGI KESAH TRAGEDI MH17..
MEMANGLAH kalau dilihat pada jumlah bayaran AS$5,000 bayaran sementara kepada keluarga mangsa, apa ada pada jumlah itu. Pada keluarga mangsa jumlah tersebut atau akan dapat lebih kemudian hari, ianya tidak dapat mengembalikan orang yang mereka sayangi dan kasihi. Jumlah tersebut tidak mendatangkan apa-apa kesan pada mereka. Sedih, hiba tetap merasapi jiwa mereka. Begitulah agaknya perasaan mereka sekarang. Walauapa pun, tragedi tetap tragedi. Ianya bukan kita minta. Semuanya itu kententuan dari Allah SWT ta'ala. Kita sebagai manusia harus menghadapi dan percaya pada takdir.

Sumber mengatakan, pihak Malaysia Airlines (MAS) akan membuat bayaran tunai sebanyak AS$5,000 (RM15,900) untuk setiap penumpang MH17 bagi menampung perbelanjaan awal sementara waris dan ahli keluarga menunggu berita seterusnya di sebuah hotel di Amsterdam. Syarikat penerbangan itu juga bercadang untuk membawa keluarga penumpang pergi ke lokasi kemalangan di timur Ukraine, kata Naib Presiden MAS Eropah, Huib Gorter, pada sidang akhbar, Jumaat. Kami sedang berusaha untuk melihat sama ada ia boleh dilaksanakan. Teruskan usaha murni itu agar ianya dapat menenangkan sedikit hati keluarga mangsa. 

Jangan bersedih. anggaplah ianya sebagai satu cabaran di dalam hidup kita. Yang hidup mesti teruskan kehidupan di dunia ini. Bagi mereka yang sudah pergi, kita izinkan mereka pergi menghadap sang penciptanya walaupun dengan cara yang penuh tragedik. Itu kehendaknya. Kita terimalah adanya. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment