KES BULI JALAN RAYA..
NASIB baik si Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, yang didakwa kerana bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas, Isnin lalu hanya didenda RM5,000, selain melakukan kerja komuniti selama 240 jam oleh Mahkamah Sesyen. Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin membuat ketetapan itu selepas tertuduh yang berusia 30 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kerosakan terhadap kereta jenis Toyata milik warga emas, Sim Siak Hong, 68, di hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC), dekat sini, pada 14 Julai lalu.
Kiki ditahan pada pukul 4 petang, Khamis lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya. Harap ianya menjadi satu sejarah hitam buat kiki Jadi, lain kali jangan buat lagi ye Kiki. Jadilah wanita yang baik. Berhemah dan berhati-hati bila memandu kerana pandu cermat jiwa selamat. Wasallam ~ IBM
No comments:
Post a Comment