Pages

Saturday, July 12, 2014

RAFIZI BAPUK RUPANYA YANG SEBAR BERITA KHALID GAGAP LETAK JAWATAN....

SABTU, 12 JULAI 2014
BADAN bukan kerajaan (NGO) Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) hari ini membuat laporan polis terhadap beberapa pemimpin tertinggi PKR yang dipercayai mempunyai kaitan dalam penyebaran berita palsu peletakan jawatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim minggu lalu. Ahli Jawatankuasa Pasmeb Wan Adnan W Ab Rahman berkata beliau menamakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves Amirudin Shari dan Adun Seri Muda Shuhami Shafie sebagai dalang di sebalik penyebaran berita palsu itu. 

Laporan polis ini dibuat kerana penyebaran berita palsu berkenaan hingga melibatkan nama Sultan yang dilihat menghina institusi diraja. Kami juga ada bukti melalui laman web dan kenyataan media rasmi pemimpin berkenaan yang cukup membuktikan mereka adalah dalang di sebalik insiden itu, katanya kepada pemberita di depan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Klang Utara, hari ini. Maka, tidak hairanlah apabila ahli-ahli PKR menolak si Rafizi bapuk dan mempastikan si bapuk ni tewas di dalam pemilihan bagi jawatan Naib Presiden PKR yang masih lagi berlangsung dan belum ada keputusan muktamat kerana rata-rata ahli-ahli PKR masih beranggapan pemilihan PKR kali ini adalah pemilihan yang paling kotor di dalam sejarah politik tanah air. 

Difahamkan juga, penasihatnya, Anwar Brahim sedang demam panas, panik, malu dan tidak dapat menyelesaikan kemelut PKR yang semakin serius dan sedang menuju kehancuran. Kesimpulannya di sini, adakah Khalid gagap akan terus menjadi Menteri Besar dan adakah Presiden PKR Kak Wan Jijah mendengar rungutan dan komplain dari ahli-ahlinya yang mahu Rafizi bapuk di singkirkan dari parti PKR? Sama-sama kita tunggu. Yang penting kehancuran PKR akan menjadi nyata. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment