Pages

Friday, July 25, 2014

TERKINI! BEBERAPA KAWASAN DILEBUHRAYA UTARA-SELATAN MULAI SESAK

JUMAAT, 25 JULAI 2014

TRADESI BALIK KAMPUNG..
Aliran trafik dari ibu negara ke arah utara dan selatan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) mulai dilaporkan sesak di beberapa kawasan tengah hari Jumaat. Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata trafik menghala ke utara dilaporkan bergerak perlahan dari Gopeng menuju Simpang Pulai akibat lori terbakar di kilometer 294.4 dan dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar.

Bagi hala selatan pula, trafik bergerak perlahan dari Sedenak menuju ke Pulai Jaya akibat satu kemalangan di kilometer 32.6, katanya kepada Bernama di sini, Jumaat. Sementara itu, bagi laluan ke Pantai Timur pula, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia pula berkata trafik mulai bertambah di Plaza Tol Gombak, tetapi masih lagi terkawal. “Sedikit kesesakan berlaku di Plaza Tol Jabur di laluan lorong tunai,” katanya.

Oleh itu, eloklah kita merancang perjalanan kita untuk balik Kampung dengan betul dan tepat. Dan, pastikan anda mendapat rehat secukup-cukupnya. Moga anda selamat sampai ke distinasi yang dituju dengan selamat. IBM mungkin balik ke Kampung pada malam Raya. Kampung IBM dekat je. OK. Selamat hari raya semua, maaf zahir dan batin. Kosong-kosong kita ye. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment