SUMBER :
Lembaga Disiplin PKR hari ini menggantung serta merta keanggotaan empat anggotanya kerana didakwa terlibat bersama kumpulan pro-Khalid yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dalam satu sidang media Rabu lalu. Pengerusinya Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata mereka yang terlibat bersama Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) dan NGO lain dalam sidang media itu ialah Dr Wan Suhaimi Wan Daud dari cabang Pasir Mas, Nasaruddin Mohamad (Cabang Sepang), Abdul Rahim Abdul Wahab (Cabang Selayang) dan Rosmah Suly dari cabang Batu. "Anggota-anggota ini akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan serta-merta sehingga siasatan selesai," kata Tan dalam kenyataannya hari ini.
Rabu lalu, sekumpulan 12 NGO termasuk PASMEB melancarkan gerakan mempertahankan pentadbiran Khalid sehingga penggal berakhir dan mengutuk tindakan Pakatan Rakyat yang didakwa menjadi punca krisis, kekecohan dan ketidaktenteraman politik di negeri itu. Dalam kenyataan itu juga, Tan turut mengumumkan pemecatan Ketua AMK Kuantan Cabang Aidil Haryan Mat Nor kerana secara terbuka memaparkan gambar beliau membakar bendera parti melalui laman sosial Facebook. Tan yang juga MP Wangsa Maju berkata tindakan Aidil itu memberi implikasi buruk kepada imej dan kredibiliti parti kepada masyarakat umum. "Beliau turut mengakui tindakan membakar bendera parti dan mencabar agar beliau dipecat dari parti," katanya sambil menambah keputusan itu telah dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat semalam.
P/S ~ Mana yang dikata PKR ni sebuah parti yang mengamalkan demokrasi? Silap sikit gantung ahli, pecat dan macam-macm lagi. Kalau pemecatan yang terbaru ini semata-mata kerana menyokong Khalid gagap, demokarasi apa namanya? Mampus dan lingkup le korang. Tanpa PKR pun depa boleh hidup dan terus berpolitik. Dasar parti anak-beranak begitulah. Nasib le korang. Jadi, nak buat apa tunggu lagi kat PKR ni? Wasallam ~ IBM
No comments:
Post a Comment