KEMELUT JAWATAN MB SELANGOR..
SATU-satu demi satu cerita yang tak sedap di dengar dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin PKR terhadap Menteri Besar yang tak mahu melepaskan jawatanya, iaitu Khalid Ibrahim. Oleh kerana tiada pilihan lain, setelah PKR membuat pelan A untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim, maka Parti Keadilan Rakyat (PKR) tida mempunyai pilihan yang lain terpaksa menggunakan kaedah yang lain itu menggunakan pelan B. PKR dikatakan akan membuat penerangan secara bertulis (pelan B) kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat berhubung alasan untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, nota penjelasan yang merangkumi fakta kes melibatkan masalah intergriti itu Khalid akan diserahkan kepada semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pada esok (Selasa).
Nota penjelasan sepanjang lebih 50 muka surat itu didakwa akan mendedahkan secara terperinci mengenai salah guna kuasa oleh Khalid sebagai Menteri Besar. Antara yang terkandung dalam nota tersebut adalah fakta kes membabitkan hutang Khalid sebanyak AS$18 juta (RM66.67 juta) dengan Bank Islam Malaysia untuk membeli saham Syarikat ketika beliau menerajui Kumpulan Guthrie Bhd. Turut disenaraikan dalam nota itu adalah penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor oleh Khalid kepada Eco World dengan harga yang lebih murah daripada nilai pasaran untuk projek pembinaan rumah mampu milik, katanya. Kalau dah tak suka tu, bermacam-macamlah cara digunakan bagi menjatuhkan seseorang. Khalid oh Khalid. Malang nasib mu.
Tapi, adakah Khalid gagap akan berdiam diri? Tak lawan balik ke? Kalau depa bukak pekung kamu, mereka tu baik sangat ke? Tak kan Khalid tak sebarang modal atau pekung yang juga boleh di ketengahkan kepada mereka-mereka yang begitu ghairah untuk menjatuhkan beliau? Keluarkan sahaja, biar lingkup semua dan PKR hancuss berderai, terutamanya si Nuar sial tu. Hehehe..IBM bukan nak jadi batu api, tapi, sikit-sikit tu ada juga simpati pada si Khalid gagap tu. Kesimpulannya, memang ada hikmahnya akan kemelut dalam PKR ini berlaku. Sekurang-kurang rakyat di Selangor ini sudah mengenali siapa dan Politik apakah yang dibawa oleh PKR untuk mereka. Harap tidak tertipu lagi pada PRU ke-14 yang kana datang. Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM
No comments:
Post a Comment