Pages

Thursday, August 14, 2014

KHALID CADANG BUBAR DUN NOVEMBER INI?

KHAMIS, 14 OGOS 2014

KEMELUT politik di Selangor yang diperintah oleh Pakatan Haram begitu tenat sekarang. Walaupun Khalid Ibrahim dapat pekenan oleh Duli Sultan Selangor untuk terus menerajui Selangor. Khalid berkuasa penuh walaupun tanpa mewakali mana-mana parti, Khalid akan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar sampai ke PRU ke-14 nanti. Tapi,lain pulak cerita dari bekas  Exco Kerajaan negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim mendakwa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) November ini bagi membolehkan pilihan raya negeri mengejut diadakan. Teng, seorang daripada enam exco yang dipecat oleh Khalid, berkata pemimpin itu  membincangkan hasrat membubarkan DUN bersama empat exco PAS yang tinggal dalam pentadbiran kerajaan negeri. Teng menerima maklumat Khalid berniat akan kekal sehingga November selepas itu membubarkan DUN.

Ini telah dibincang oleh Khalid dengan empat exco PAS. Beliau menerima maklumat itu daripada sumber yang boleh dipercayai. Ada orang mungkin nak duduk tempat itu, adalah sebabnya. Ada orang tidak biasa mungkin untuk lepaskan jawatan dan kemudahan. Kalau dia mahu turun dari jawatan itu turun sekarang jangan tunggu November, katanya kepada wartawan di lobi SUK hari ini.Teng kemudiannya memberi amaran kepada Khalid agar tidak menghancurkan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) di Selangor sepanjang pemerintahan sementaranya itu. Sebaliknya tambah beliau, Khalid perlu memanggil sidang tergempar DUN segera kerana jelas bahawa undi majoriti kini dimiliki oleh presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Beliau sudah tahu PKR mendapat undi majoriti 30 undi setakat ini jelas beliau (Khalid) kehilangan kepercayaan undi majoriti. Sekarang menjadi tanggungjawab beliau memanggil sidang dewan undangan negeri tergempar dengan segera.

Kalau  sudah hilang mandat kenapa mahu duduk di jawatan itu, tegasnya. Sementara itu Tang menempelak tindakan empat exco PAS yang dilihat berpaling tadah daripada PR apabila membuat keputusan untuk menyokong kepimpinan Khalid. Sepatutnya, kita menang bersama tubuh kerajaan PR bersama. Sepatutnya kita hadapi kerumitan bersama, ujarnya. Apapun jika benar Khalid nak buburkan DUN pada November ini, rakyat rata-rata akan merasa lega jika diadakan pilihan raya negeri (PRN). Rakyat dah bosan dengan kemelut yang tidak ada kesudahannya ini. Cukup...cukuplah tu, kata mereka. Siapa yang tak meluat dan bosan dengan suasa yang berlaku sekarang di Selangor. Sudah tiba masanya Selangor dipulihkan kembali dari tangan-tangan mereka yang tak bertanggunjawab dan rakyat harus menolak dan menyingkir mereka kerana mengamalkan politik songsang. Mereka tidak berminat untuk memberi khidmat kepada rakyat, mereka pentingkan periuk nasi mereka sahaja. jadi, korang tahu nak buat apa selepas ini, kan? Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment