Pages

Sunday, August 10, 2014

KHALID IBRAHIM : NAIK MACAM BINTANG, JATUH MACAM BINATANG...ADUH..KESIANNYA!

AHAD, 10 OGOS 2014

PEREBUTAN JAWATAN MB SELANGOR...
7 tahun dulu pada tahun 2007, tak lama selepas menyertai PKR, Khalid Ibrahim diangkat menjadi calon dalam pilihanraya kecil DUN Ijok.   Hampir tak pasti apa jasa Khalid kepada PKR sehingga diberi keistimewaan begitu tapi dalam keadaan PKR yang serba serbi lemah (satu kerusi parlimen dan beberapa kerusi DUN dalam PRU2004), suntikan dari orang macam Khalid memang penting untuk publisiti parti. Khalid bagaimanapun kalah dalam pilihanraya kecil tersebut tapi tak lama selepas itu pada Mac 2008, Khalid bukan setakat menang di Ijok, dia juga diangkat menjadi Menteri Besar Selangor bila pembangkang gabung-gabung sesama sendiri untuk bentuk kerajaan di Selangor. Sejak dari itu nama Khalid harum macam bunga.  Segala pasal Khalid cantik, segala pasal Khalid elok, dia tak tunai 90% janji pilihanraya tahun 2008 dan 100% tahun 2013 pun, sokongan Pakatan terhadap dia tetap tak berbelah bahagi.  Mulut Anwar tak henti-henti puji Khalid, dialah terbaik, dialah terbagus.

Rupa-rupanya , itu semua hanya lakonan, yang cina, Melayu, India pengundi Selangor bodoh-bodohlah berilah undi terbanyak pada Pakatan dalam PRU 2013 kerana terpedaya dengan cakap Anwar bahawa Khalid adalah terbaik.  Lagipun, Khalid dilantik semula sebagai Menteri Besar apa – walaupun ambil masa lebih panjang dari Menteri Besar dan Ketua Menteri lain selepas PRU13. Termasuk disuruh memegang tombak semasa upacara angkat sumpah. Hari ini, Khalid tak ubah macam binatang bila dipecat serta merta dari PKR kerana enggan letak jawatan untuk beri laluan kepada Azizah – bini Anwar. Memang dia masih Menteri Besar tapi masanya di kerusi itu begitu pendek sekali, kecuali kalau terlepas dalam proses undi tidak percaya di DUN Selangor yang hampir pasti akan diadakan.

Sejak beberapa minggu sudah, tidak ada malam Khalid tidak dikutuk oleh partinya sendiri.  Bila adakan sembahyang hajat pun, yang ramai hadir ialah orang PAS tapi level level bawah, yang taraf-taraf pemimpin tak berani nak tunjuk muka, takut kena mark dan mereka pulak kena sepak lepas itu. Itulah nasib Khalid, dulu kau bintang, hari ini engkaulah binatang. Mesej ini patut dihadam semua pemimpin PKR sedia ada.  Janganlah suka sangat tengok Khalid tumbang sebab nasib awak pun belum tentu lagi.  Jangan ingat hari ini Anwar peluk, besok pun Anwar peluk, belum tentu.  Anwar berjuang untuk diri dan keluarganya sahaja, yang lain tu (termasuk rakyat) hanya dipergunakan sebab prosesnya dah memang macam itu.

Ingat, kenapa PKR itu kehilangan hampir kesemua pengasasnya sejak mula ditubuhkan pada 1999 (kecuali Azmin dan Azizah) adalah kerana parti itu milik keluarga Anwar.  Orang lain setakat boleh cecap madu, bila manisnya habis, jadilah sepah yang dibuang. ITULAH WAJAH PKR SEBENARNYA PARTI ANAK BERANAK.  Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment