Pages

Friday, August 8, 2014

MEMANG CELAKA PKR NI!!. SPRM PULAK DIKAITKAN DENGAN ISU MB SELANGOR..

JUMAAT, 08 OGOS 2014

KEMELUT JAWATAN MB SELANGOR..
SUMBER : Mstar

Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan supaya tidak mengheret Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam konflik dalaman parti itu berhubung isu pertukaran Menteri Besar Selangor. Malah parti itu dianggap berniat jahat apabila mendakwa SPRM melakukan siasatan secara selektif berhubung dakwaan salah laku dan pecah amanah terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull bagaimanapun menegaskan bahawa badan itu tidak pernah mengamalkan siasatan  yang memihak kepada mana-mana pihak. "Sebagai sebuah badan yang bebas, telus dan profesional, SPRM menganggap dakwaan Datuk Saifuddin Nasution Ismail bahawa SPRM melakukan siasatan selektif dan bahawa 'pasti SPRM' akan mengumumkan Tan Sri Abdul Khalid tidak ada kes kelak, adalah tidak bertanggungjawab dan berniat jahat terhadap SPRM.
DETIK-DETIK KEHANCURAN PAKATAN RAKYAT SUDAH MULA DIRASA


"SPRM ingin mengingatkan supaya pihak berkenaan jangan cuba mengaitkan SPRM dalam isu pergolakan politik PKR tanpa asas yang kukuh," katanya menerusi kenyataan pada Khamis. Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang menyiarkan kenyataan Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR bahawa SPRM akan melakukan siasatan secara berat sebelah terhadap Abdul Khalid. Tambah Mohd Shukri, SPRM akan menjalankan siasatan dengan adil dan telus setiap kes yang mengandungi unsur rasuah mengikut peruntukan Akta SPRM 2009. "Jadi kenyataan Saifuddin bahawa SPRM mengamalkan siasatan selektif adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

"SPRM ingin menegaskan bahawa mana-mana aduan atau maklumat yang diterima dan mempunyai asas akan disiasat tanpa mengira latar belakang politik, bangsa, agama, pangkat, jawatan dan sebagainya," katanya. Pada Rabu, Ketua Setiausaha Sulit kepada Abdul Khalid, Mohamad Yasid Bidin membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan PKR yang mengaitkan Menteri Besar itu terlibat dengan rasuah. Turut sama membuat aduan itu ialah kedua-dua setiausaha politik Abdul Khalid, Mustapha Mohd Talib dan Azman Abidin.


P/S - PKR dilihat sudah hilang pegangan seolah-olah orang yang hilang akal. Mereka akan kaitkan sesiapa sahaja demi untuk menutup segala kelemahan dan kesalahan yang mereka lakukan. Pemimpin-pemimpin PKR sudah dilatih sebegitu rupa. Mereka akan berbohong, menyerang sesiapa sahaja mahu pu rakan kongsi mereka di dalam Pakatan. Elok juga SPRM memeberi amaran kepada PKR agar tidak mengheret mereka ke dalam 'kancah' atau kemelut dalam mereka yang menglibatkan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor. bilakah kemelut ini akan berakhir? Dan....satu perkara lagi, macam SPRM, UMNO juga dikaitkan di dalam hal ini. Mereka berbalah sesama sendiri, salah UMNO. Apa jadah! Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment