Pages

Wednesday, August 27, 2014

NENEK KIPAS NI JUGAK YANG PKR & DAPIG MAHU...PUIIIII!

RABU, 27 OGOS 2014

SUMBER :
PKR dan DAP tetap bertegas dengan keputusan mereka untuk hanya menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu. Keputusan itu bagaimanapun bercanggah dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang meminta setiap parti dalam Pakatan Rakyat menamakan tidak lebih daripada dua nama bagi jawatan tersebut. Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan tidak disertai oleh sekutu mereka, PAS. Kedua-dua parti itu berkata, mereka akan mempersembahkan pencalonan Wan Azizah untuk dipertimbangkan sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat pada tahun lalu memandangkan beliau mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). 

"Pada tahun lalu, Sultan Selangor turut menitahkan parti-parti Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari satu nama dalam melantik Menteri Besar. "Titah itu disampaikan kepada PKR, PAS dan DAP melalui satu surat bertarikh 7 Mei 2013 yang melambangkan konvensi diamalkan Sultan Selangor sebelum ini. "Susulan itu, mengambil kira titah Tuanku dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Menteri Besar, parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan. Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh Tuanku," menurut kenyataan itu. Terdahulu, Sultan Sharafuddin menitahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar yang baharu. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, titah supaya lebih daripada dua nama dicadangkan itu bertujuan memudahkan baginda menentukan calon yang berkelayakan untuk dilantik ke jawatan eksekutif berkenaan.

 "Sebagaimana yang diperuntukan di bawah Perkara LI (1), Perkara LII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Duli Yang Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan seorang menteri besar yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri," katanya. Selain itu, Mohamad Bani mengesahkan bahawa Sultan Sharafuddin menerima menghadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menyembah maklum memohon perkenan untuk meletak jawatan. Bagaimanapun, Sultan Selangor menangguhkan penerimaan perletakkan jawatan itu sehingga pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu ditentukan.

P/S ~ Nampaknya pakatan haram meroyan lagi. Harapan mengunung mereka untuk melihat Wan Azizah@Nenek Kipas menjadi MB baru, tidak kesampian. Sultan menitah pakatan haram untuk mencalon lebih dari dua nama untuk jawatan Menteri Besar Selangor. Orang yang paling kecewa dan meraung bagai nak gila ialah suami kepada calon (Wan Azizah) yang di tolak oleh Baginda Sultan, iaitu Anwar Ibrahim. Menanggis tak berlagu nampaknya. Tapi, Anwar bukan calang-calang orang. Dah tentu dia ada pelan C, setelah pelan A & B tidak menjadi. Apa pelan C nya itu?....kita tugguuuuuuu!. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment