KEMELUT JAWATAN MB SELANGOR....
Semua pihak khususnya pemimpin parti politik perlu menghormati dan mematuhi perkenan Sultan Selangor agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor. Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) negeri, Abu Bakar Yahya berkata pihaknya percaya perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah itu dibuat berasaskan kepada pertimbangan memelihara kepentingan rakyat di negeri ini yang mahukan kestabilan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Kita juga percaya perkenan Sultan dibuat bagi menolak sebarang bentuk politik melampau yang dilakukan pihak tertentu sehingga membelakangi undang-undang serta amanah yang diberi oleh rakyat, katanya dalam kenyataan di sini Isnin.
KHALID LEGA BUAT SEMENTARA TIDAK TERGAGAP LAGI
Sehubungan itu, Abu Bakar berkata Perkasa Selangor memberikan ketetapan menyokong Abdul Khalid untuk terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor sebagaimana yang ditegaskan menerusi ketetapan Sultan. Beliau berkata mana-mana pihak yang cuba mempertikai kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar jelas dianggap tidak menghormati keputusan serta perkenan Sultan selaku ketua negeri. Selain itu, kita juga mengharapkan Abdul Khalid supaya berpegang kepada amanah yang diberi kepadanya selain memastikan menjalankan tugas mengikut lunas-lunas yang terkandung dalam perlembagaan negeri dan Perlembagaan Persekutuan, katanya.
P/S ~ Apa lagi modal yang Anwar ada untuk menyingkirkan Khalid dari takta orang no 1 Selangor? IBM rasa, dah bermacam-macam cara yang Anwar dan kuncu-kuncunya telah buat, tapi, hasilnya belum lagi nampak, malah diri beliau sendiri kini dalam keadaan tenat. Sokongan demi sokongan yang Khalid dapat sekarang ini. Dan, di beritakan juga ramai dari kalangan ADUN PKR akan menyokong Khalid. Jadi mana yang Anwar katakan dia ada numbers untuk mengulingkan Khalid dari jawatan Menteri Besar. Begitu jugalah apa yang berlaku pada PRU 2008. Anwar kata dia ada numbers untuk mengulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN), tapi...itu semua bohong. Anwar memang pembohong. Wasallam ~ IBM
No comments:
Post a Comment