Pages

Wednesday, August 6, 2014

PKR DIJANGKA AKAN HILANG BANYAK KERUSI JIKA PRN DIADAKAN. HANCUSS PKR!

RABU, 06 OGOS 2014

GARA-GARA BEREBUT JAWATAN MB..
RAMAI penganalisis politik percaya bahawa Parti Keadilan Rakyat seakan-akan tinggal 'nyawa ikan'. Analisa yang mereka buat, bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka kehilangan banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor sekiranya pilihan raya negeri diadakan semata-mata untuk menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Mengikut kata Pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali, PKR tidak sewajarnya bersikap terlalu yakin bahawa pengundi atas pagar akan terus menyokong parti itu dan mereka juga seharusnya tidak mengambil mudah peranan akar umbi parti yang mempunyai kuasa penentu. 

Dalam senario sekarang, PKR dilihat agak sukar mempertahankan 15 kerusi DUN yang dimenanginya di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu dan orang Melayu khususnya golongan atas pagar mungkin memihak kepada UMNO atau PAS sekiranya pilihan raya negeri diadakan. UMNO dan PAS juga mungkin akan bekerjasama terutama dari segi pembahagian kerusi DUN yang ditandingi. Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan parti itu bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya di negeri Selangor sekiranya gagal menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar baharu secara lancar. Biarkan Anwar dengan pelan B nya. 

Dik perbuatannya yang tamak, gila kuasa, IBM rasa dan optimis sekiranya pilihan raya negeri (PRN) diadakan di Selangir ini akan menyebabkan PKR menjadi pihak yang paling rugi. IBM rasa rakyat sedang menilai akan kemelut inin kerana pada mereka, pilihan raya tersebut adalah tidak masuk akal hanya semata-mata hendak menyingkir Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar. Aduh!...bodohnya pemimpin-pemimpin PKR ni. Maka, biarkan mereka (PKR) hancus dan mati berkubur. Itu yang mereka mahu. Wasallam ~ IBM

3 comments:

  1. tak payahlah buat andaian itu ini. Buat kerja tu dulu wahai orang umno. Kalau takat apa yang ada sekarang, x payahlah nak berangan. Tengok dulu apa najib dah buat dlm isu-isu melayu islam dihentam sana sini..tu pun masih nak cakap pakatan akan hilang kerusi? saya rasa biarlah mereka bertumbuk bertinju sesame sendiri tapi pembangkang tetap berkuasa di Selangor. umno pi main jauh-jauh. Dari dulu sampai sekarang, itulah mentality umno, cepat buat andaian, analisis sana sini oleh pakar-pakar, tapi hasilnya lepas satu..satu kerusi terlepas pd pembangkang. Dah nyawa-nyawa ikan umno layaknya, pernah satu ketika ucapan "sudah sampai masanya kita teliti semula pendekatan kita (umno/BN) terhadap pengundi cina" tp bila masa berlalu..hampeh!

    ReplyDelete
  2. Biar...biar...xkisah kan? Umno jgn kacau negri pr. Kalau pemimpin pr nk gaduh pn... umno ape kes nk nyibuk. Satu negeri nk melingkup pn.. umno ape kes nk kacau. Biarkn ekonomi selangor terjejas... kami xkisah. Air xde berbulan2 pn kami xkisah. Angkut air smpi bertingkat2 flat pn kami xkisah. Asalkn pr memerintah... bkn umno. Berak xbasuh pn kami xkisah. Yg penting PR. "Si PR terjun dgn labu2 nyeee". Umno jwb "biarkn... biarkn".
    Hahaha... xnk le anak aku berfikiran mcm budak2 PR. Tu baru negeri... mau dpt negara... melingkup malaysia.

    ReplyDelete
  3. biasanya yg bising2 dlm facebok/twitter/internet marah pada UMNO/BN kebanyakkannya yg duduk rumah2 atas tanah/teres yg mahal..terpaksa bayo instalment mahal, kete pulak kena beso..hutang bulan2 lagi..tambah hutang sana-sini,tu hidup nak bergaya..kang malu pulak dgn org kampung datang rumah tapi dok apartment..apa kelas, biar lah 3-4 ratus ribu harga rumah, asalkan ada kelas...lepas tu minyak naik, tol naik, harga barang naik..mula lah salahkan BN/kerajaan..mengamuk sakan, dalam PRU, dgn bangganya dapat undi Pakatan Haram..telus konon..skrg, tengoklah wayang ADUN2 yg anda undi dulu...aku kt puchong ni tak pernah sebelum 2008 tengok rumah2 urut, hotel bajet , pusat2 judi tumbuh mcm cendawan..semoga hangpa yg bangga dengan Pakatan Haram tak berdaftar ni..dapat share sikit bila maksiat berleluasa...apa boleh buat Asal Bukan UMNO gamaknye...masuk nerakapun masuk la takpe asal bukan BN...kesian aku tengok.. harga rumah kat selangor ni pun start naik mendadak lepas Pakatan Haram menang kat sini...bodoh punya pengundi..dia org ni gaji naik 300%..hangpa yg terpekik telolong BN/UMNO korup la..kroni la...last2 hangpa dapat apa agak2nya...tak cuba2 minta bantuan dari kerajaan PR selangor...apa guna negeri terkaya tapi tak tolong rakyat...bangga rizab banyak..

    ReplyDelete