Pages

Wednesday, August 13, 2014

SIAPA YANG BOHONG NI?

RABU, 13 OGOS 2014

PAKATAN RAKYAT SELANGOR KINI TENAT....


SEMAKIN hari semakin panas. Kemelut dalam Pakatan Rakyat Selangor berterusan. Masing-masing tuduh-menuduh, maklumlah nak dapat sempati dari rakyat. Isu pemecatan enam Exco Pakatan oleh Menteri Besar Selangor menjadi perbualan hangat pada ketika ini. Maka, pihak yang tak puas hati iaitu kem Anwar Ibrahim cuba menyerang dan menuduh Khalid tidak demokratik. Pakatan Rakyat (PR)juga menuduh dan menganggap Khalid Ibrahim 'berbohong' apabila menyatakan beliau mendapat sokongan majoriti wakil rakyat untuk mengekalkan kedudukanya sebagai Menteri Besar Selangor.

Rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan termasuklah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Katanya, perkara itu dapat dibuktikan apabila 28 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masih disandang wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR dan DAP. Baki 28 kerusi lagi belum tentu. Kalau pun dapat (sokongan) semua 28 ADUN termasuk ADUN Umno, ini bukan majoriti, 29 barulah majoriti. Kita harap prinsip asas demokrasi dapat dihormati (oleh Khalid), kalau sebut prinsip demokrasi mesti lebih 28, tidak boleh 28," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR lewat malam semalam, Selasa.

Sidang media itu diadakan selepas satu mesyuarat tergempar melibatkan pimpinan tertinggi PKR dan DAP berlangsung ekoran pemecatan enam exco DAP dan PKR di Selangor, pada petang Selasa. Menurut Guan Eng, PR tidak faham bagaimana Khalid boleh mengambil keputusan memecat lebih daripada separuh ahli exco di bawah pentadbirannya. Katanya, keputusan itu sama sekali tidak boleh diterima PR kerana ia melanggar prinsip demokrasi. Bagaimanapun, dalam mesyuarat tergempar yang diadakan malam Selasa, PR sebulat suara membantah dan tidak mengiktiraf keputusan tersebut kerana mendakwa ia tidak mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bagi pandangan IBM, iktiraf atau tidak, dan siapa yang berbohong, itu masalah pakatan itu sendiri. Berperang dan bergaduh le korang. Apa yang penting sekarang, sampai bila kemelut ini akan berakhir, dan sampai bila rakyat Selangor menanggung kesengsaraan gara-gara pemimpin-pemimpin pakatan yang mementingkan diri sendiri dan ketepikan hak dan kepentingan rakyat? Parti inikah yang korang nak sokong lagi setelah korang beri mereka mandat selama dua penggal, tapi....mendukacitakan. KPI mereka gagal. Maka, fikir-fikirkanlah....Wasallam ~ IBM

4 comments:

  1. apa lagi org/pengundi PR selangor, buat eksperimen lagi la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm-aku,

      Salam.
      Ye...betul tu. Apa tggu lagi....buat skrg...

      Delete
  2. hari2 cerita siapa menang dalam perang nak jadi mb. sampah bersepah, air tak cukup dan jalan hancur takde sapa nak ambik tahu. itulah apa yang rakyat majoriti selangor. hambek kau.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~usin,

      Salam. Apa nk buat usin. itu kehendak rakyat S'gor...skrg mereka terimalah adanya. kalau ini rakyat S'gor tak sedar lagi, tak tahu le apa nk kata....biak pi diorg lah...

      Delete