KEMELUT JAWATAN MB SELANGOR....
NAMPAKNYA 'langkah kajang' Anwar tak menjadi menjadi buat sementara ini. Langkah Anwar sumbang, langkah yang akan membawa kecelakan kepadanya kerana Penjara Sungai buloh sedang menanti beliau. Itulah langkah Anwar yang sebenarnya. Kini, penyokong-penyokong Khalid gagap boleh menarik nafas merasa lega buat semantara kerana isu Menteri Besar ini berpihak kepada mereka (buat sementara).
Pagi tadi, Sultan, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar. Menurut Abdul Khalid, beliau akan terus menjalankan tugas sehingga ada perkembangan baharu. Menurutnya, selepas menghadap Sultan Selangor, baginda berpuas hati dengan penjelasannya dan memberi perkenan kepadanya untuk terus memegang jawatan Menteri Besar.
No comments:
Post a Comment