Pages

Sunday, August 24, 2014

WAN AZIZAH@NENEK KIPAS 'BERAT HATI' NAK JADI MB, TAPI HATI TU NAK. TAK TAHU MALU! PUIIII!

AHAD, 24 OGOS 2014

SUMBER : 
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan bahawa beliau sebenarnya 'berat hati' untuk memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Pendedahan itu dibuat ketika Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang berusaha mendapatkan sokongan penuh sekutunya iaitu PAS mengenai keupayaan Presiden parti itu. Bagaimanapun, menurut Dr Wan Azizah, beliau terpaksa meneruskan rancangan partinya untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas dasar perjuangan. "Bila saya ditanya nak sangat ke jawatan ini (menteri besar) apabila bertanding di (DUN) Kajang, terus terang saya katakan bahawa bukanlah niat dan keinginan di hati. 

"Tapi nama saya dikemukakan, jadi sebagai seorang pejuang saya terima. Kalau inilah amanah yang diberikan, saya terima walaupun hati berat. "Bukan ini (jawatan) yang saya inginkan, bukan ini yang saya cari tapi saya cari redha Allah," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Ahad. Dr Wan Azizah menghadapi laluan sukar untuk diangkat sebagai menteri besar Selangor terutama keraguan yang ditimbulkan PAS berhubung keupayaannya untuk memimpin sebuah kerajaan negeri. Menerusi mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu, parti akhirnya menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon kedua menteri besar Selangor yang baharu, selain Dr Wan Azizah.

P/S ~ Orang macam ini pun ada dalam dunia ni ye. Dia tahu ramai yang tak suka dia jadi MB, tapi masih menaruh harapan, meroyan, kempen sana-sini untuk dapatkan simpati rakyat. Itulah isteri masali kesayang Anwar Ibrahim yang tak sedar diri dan malu. Bak kata perpatah, 'hidup tak mancung, pipi tersorong2. Nenek kipas..nenek kipas....berkipaslah ko sampai hari kiamat. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment