Pages

Friday, September 19, 2014

AL-KISAH HJ HADI SERING PONTENG MESYUARAT DI DEDAH!...HUHUHU!

JUMAAT, 19 SEPT 2014

SUMBER....
AKHIRNYA tembelang Hj Hadi Awang yang sering tidak hadir mesyuarat di dedahkan oleh Perwakilan Pemuda PAS hari ini. Wakil Pemuda tersebut menegur Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kerap kali tidak hadir dalam mesyuarat parti khususnya melibatkan agenda penting seperti proses pembuatan keputusan isu-isu berbangkit termasuk kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu. Ini bukan rekaan dari IBM, tapi, wakilnya Mohamad Sany Hamzah (gambar bawah kanan) menegur Hadi secara berlapik dengan meminta pembantu Hadi menjaga diari pemimpin itu sebaik mungkin agar beliau punya masa untuk menyertai mesyuarat parti pada masa akan datang. Malah kata Sany, kehadiran Hadi juga penting agar parti dapat mencapai keputusan secara sepakat dan bagi mengelakkan sebarang keputusan dibuat bersendirian. Mutakhir ini ketidakhadiran Presiden kita dalam dua atau tiga siri mesyuarat Pakatan. Sebab itu kita minta pada sesiapa yang menjaga diari Presiden, kena jaga diari betul-betul  Kita mahu dalam mesyuarat yang penting ini kita mahukan kehadiran Tuan Presiden untuk membuat keputusan, baik yang kecil, baik yang besar, ujar beliau. 

Hadi sebelum ini dikatakan tidak hadir dalam beberapa siri mesyuarat bersama rakan komponennya, PKR dan DAP khususnya berhubung calon Menteri Besar Selangor. Sebaliknya, PAS sering diwakili oleh Timbalan Presiden, Mohamad Sabu atau Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, termasuk sewaktu kali pertama gagasan itu menetapkan untuk mengangkat Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 23 Julai lalu. Hendak buat keputusan ini tidak boleh bersendirian, kena bincang baik-baik ketiga-tiga parti ini kerana yang kita mahu lawan adalah Umno-Barisan Nasional (BN), katanya. IBM difahamkan, perbahasan begitu hangat  di sesi petang hari kedua Muktamar PAS Pusat Kali Ke-60, apabila seorang perwakilan mencadangkan kepimpinan parti menyatakan pendirian untuk menolak jawatan Menteri Besar Selangor, sekiranya ADUN daripada parti itu dipilih oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah. Keadaan dalam dewan gamat ketika beliau meminta persetujuan perwakilan lain untuk berpegang dengan konsensus bahawa kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik PKR. 

Pemuda sarankan mereka mahukan penegasan daripada kepimpinan,yang hadir hari ini. Jika benar Sultan melantik Menteri Besar dari kalangan ADUN PAS, Pemuda sarankan kita tolak jawatan yang ditawarkan. Setuju atau tidak?, soalnya sehingga mencetuskan dua reaksi berbeza daripada perwakilan. Perwakilan pada mulanya menyokong, namun semakin Mohd Sany berucap mereka mula memprotes desakan itu sehingga wakil Pemuda itu di 'boo'. Keadaan gamat itu bagaimanapun terkawal apabila Pengerusi Tetap, Abu Kassim Abdullah beberapa kali menenangkan keadaan. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan memilih calon Menteri Besar Selangor, dengan istiadat majlis angkat sumpah bakal diadakan Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang. Sehingga kini, calon yang bakal mengisi jawatan yang disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih menjadi teka-teki, walaupun ramai yang meramalkan ia bakal menjadi milik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali atau Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad. 

Siapa pilihan Duli Tuanku sebagai MB Selangor yang baharu?...Tunggu sampai hari Selasa depan. Tapi, yang sudah pasti Wan Azizah@Nenek Kipas terkeluar dari senarai. Huhuhu....kesiannnnnn!. Wasallam ~ IBM

1 comment:

  1. ibm~CEO Siber

    UMNO tidak penjarakan Adam Adli, tapi generasi muda/gen Y seperti Adam ini yg kurang ajar, tidak menghormati undang2 negara yg mana gurunya ialah pekatan haram jadah. UMNO tidak benci anak muda, tapi, anak muda telah buta, dibutakan oleh pembangkang..fikir2....huhuhuhu...

    ReplyDelete