Pages

Monday, September 29, 2014

AMOI VIVIAN BEKAS TEMAN WANITA ALVIN TIDAK TERKEJUT ALVIN LARI DARI JAMINAN.

ISNIN, 29 SEPT 2014

SUMBER....
MENURUT Vivian Lee, bekas teman wanita penulis blog kontroversi Alvin Tan, beliau tidak terkejut sekiranya lelaki itu lari dari jaminan dan mendapatkan perlindungan di Amerika Syarikat (AS) kerana Alvin pernah mencadangkan idea tersebut sebelum ini. Menurut Vivian, Alvin pernah mencadangkan idea mencari suaka politik secara ringkas sebelum ini. Alvin tidak pernah membincangkan mengenai rancangannya dengan lebih lanjut kepada beliau. Dia boleh mengejar impiannya dan meneruskan kehidupan di AS, kata Lee dalam mesej Facebooknya hari ini, Isnin. Lee berkata, dia lega kerana mendapat tahu Alvin selamat. Sekarang dia berada di AS dengan selamat, beliau lega kerana mendapat tahu dia 'Ok'. Menurut Vivian lagi, beliau tidak kecewa dan tidak menyalahkannya. Malah, Vivian berharap dia (Alvin) dalam keadaan baik dan semoga berjaya, kata Vivian. Vivian berkata, walaupun dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel kepada Alvin, bekas teman lelakinya itu tidak pernah memberikan sebarang respons. Katanya, dia hanya mendapat tahu bahawa Alvin selamat dan dimaklumkan mengenainya oleh rakan mereka. 

Vivian berkata, beliau menolak idea untuk melarikan diri daripada perbicaraan mereka di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur. Sebaliknya beliau tidak melihat matlamat untuk menjalani kehidupan sebagai pelarian. Kita masih ada kehidupan yang menanti pada masa hadapan dan hidup sebagai pelarian tidak sesuai dengan diri beliau. Beliau dibesarkan oleh ibu bapa, maka, untuk berhadapan dan menghadapi apa jua perkara yang mendatang dan melarikan diri daripada masalah bukan satu langkah bijak, kata gadis berusia 25 tahun itu. Seperti yang kita tahu, Alvin dan Vivian Lee didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers mengikut Akta Hasutan 1948. Mengikut pertuduhan, ia mengandungi gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!)' yang mengandungi logo halal. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 11 dan 12 Julai tahun lalu di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di sini. 

Perbuatan pasangan tersebut membuat seluruh umat Islam di negara ini jadi marah dan mahukan yang berwajib mengambil tindakan kepada kedua-dua pasangan tersebut. Perbuatan mereka itu ternyata menghina Islam. Bagaimana pun Alvin gagal untuk hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kesnya pada bulan lalu. Tindakan itu menyebabkan mahkamah bersetuju untuk hanya melucutkan hak jaminan sebanyak RM20,000 daripada RM30,000. Alvin mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik entri terbaharu di laman Facebooknya pada 26 September lalu dengan memaklumkan dia kini berada di Los Angeles, California. Apapun, kemana sekali pun Alwin lari, menyorok, pihak yang berwajib telah membuat kenyataan hari bahawa 'kelubang cacing' sekali pun Alvin akan dicari. Kali ini tiada maaf bagi mu Alvin. Bersiaplah kamu untuk ditangkap dan dibawa balik ke Malaysia untuk di adili dan dihukum. Barua seperti kamu hari diajar, selepas itu kamu akan jadi Red Beans Army (RBA) yang dilupakan dan bersedirian di dalam penjara. Adakah DAPigs akan menjadi penyelamat Alvin? tungguuuu!. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment