Pages

Friday, September 19, 2014

ISU MB SELANGOR : ANWAR DIBERI AMARAN SUPAYA TIDAK KELIRUKAN RAKYAT DAN MENJEJASKAN IMEJ SULTAN.

JUMAAT, 19 SEPT 2014

SUMBER.....
KALAU dah jenis 'menderhaka' ni, nasihat ke amaran ke, dia peduli apa. Apa yang dia mahu ialah segala kehendaknya tertunai. kalau tidak hura-hara lah jadinya. Sikap biadap Ketua Pembangkang itu, Anwar Brahim tidak di sukai oleh Duli Sultan Selangor. Sumber yang IBM dapat, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegur Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat berhubung amalan menghantar nama calon Menteri Besar kepada Sultan. Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Anwar turut dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat dan menjejaskan imej Sultan jika tidak mempunyai fakta yang tepat. Menurutnya, kenyataan Anwar yang menyatakan amalan menghantar satu nama calon Menteri Besar kepada Sultan merupakan amalan sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957 adalah tidak tepat dan mengelirukan rakyat. 

Semasa kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), Perdana Menteri akan mempersembahkan beberapa nama calon Menteri Besar untuk mendapat perkenan melalui Majlis Menghadap Sultan. Kita imbas kembali pada 2008 ketika pakatan pembangkang mentadbir kerajaan negeri, Sultan turut menitahkan ketua-ketua parti dalam pakatan membincangkan calon Menteri Besar dan terdapat beberapa calon yang disyorkan sebelum Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebulat suara dipersetujui untuk dicalonkan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Katanya, keadaan sedikit berbeza pada Pilihan Raya Umum 2013 apabila pakatan pembangkang memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyebabkan calon Menteri Besar mesti dipilih dalam kalangan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang tersebut. Namun demikian, katanya, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula menyatakan Abdul Khalid tidak semestinya dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor dalam kempennya semasa pilihan raya tersebut. 

Sehubungan itu, Sultan Selangor melalui Setiausaha Sulit baginda telah mengutus surat kepada ketua-ketua dalam pakatan pembangkang untuk mencadangkan empat nama sebagai calon Menteri Besar. Walau bagaimanapun, mereka menulis surat kepada baginda untuk mengesyorkan Abdul Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor walaupun baginda ada juga menerima penamaan calon lain. Namun, berikutan Abdul Khalid adalah penyandang jawatan tersebut sebelum ini dan mempunyai hubungan baik dengan pihak istana dan juga rakyat Selangor, Sultan berkenan melantik semula Abdul Khalid sebagai Menteri Besar, katanya. Dalam pada itu, Mohamad Munir menegaskan bahawa polisi pihak istana adalah untuk tidak mendedahkan nama atau maklumat mengenai calon menteri besar yang dikemukakan serta prosesnya namun keadaan yang memuncak memaksa istana mengeluarkan kenyataan untuk memberi penjelasan. 

Dengan itu, jika tidak mempunyai fakta yang tepat, Anwar dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan imej Sultan, jelasnya. Itulah wajah Anwar yang sebenar dan kini Sultan Selangor sudah mengetahuinya. Bagi IBM, untuk membunuh krier politik si pengkhianat seperti Anwar ini, halau sahaja dia dari bumi Selangor. Sultan berhak dan boleh berbuat sedemekian sekiranya baginda dapati Anwar adalah dalang dan derhaka terhadap Sultan di dalam isu MB Selangor. Dik kerana isteri beliau tidak diterima sebagai calon MB, Anwar sanggup berperangai biadap dan derhaka terhadap Sultan. Nyahkan Anwar dari bumi Selangor ini. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment