Pages

Tuesday, September 23, 2014

MB SELANGOR : MATLAMAT UTAMA ANWAR IBRAHIM SUDAH BERJAYA APABILA AZMIN DILANTIK MENGANTIKAN KHALID IBRAHIM

SELASA, 23 SEPT 2014

SUMBER.....

LANGKAH utama Anwar Ibrahim sudah mendatangkan hasil. Setelah begitu lama memporak-perandakan politik di Selangor demi untuk mencapai cita-cita politik kotornya, Anwar dilihat sudah berjaya. Percaturannya sudah mengena, walaupun cita-cita beliau untuk meletakkan isteri beliau menjadi Menteri Besar Selangor tidak kesampian, Anwar kini berada lega dan bernafas buat seketika. Pendapat IBM ini selari dengan pendapat beberapa tokoh politik yang satu ketika begitu rapat dengan Anwar Ibrahim, tapi, kini telah BERCERAI talak tiga dengan Anwar. IBM dapat memetik sedikit pandangan dari dua orang tokoh yang bersama-sama Anwar seketika dahulu. Kata mereka walaupun mendapat perkenan pihak istana untuk mengisi kerusi Menteri Besar Selangor, mereka mendakwa dan percaya pelantikan Mohamed Azmin Ali bermakna matlamat ketua pembangkang kini sudah tercapai. Malahan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikatakan menjadi pilihan utama Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal lagi untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Prof Dr Mohammad Fairus Khairuddin (gambar kanan) pula berkata, menjadi strategi Anwar untuk mengusulkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar. Hakikatnya memang itulah strategi Anwar kerana memang sekian lama dia mahukan Azmin menjadi MB. Segala yang lain hanyalah lakonan sahaja untuk mencipta diversion (mengalih perhatian) dan apabila Azmin diangkat menjadi MB, semakin lengkaplah kerosakan terhadap Selangor dari segi kepentingan Islam dan Melayu, katanya. Fairus berkata, usaha mengalih perhatian dengan usul pelantikan Presiden PKR itu hanya untuk memudahkan laluan Azmin dilantik sebagai Menteri Besar. Bagaimanapun, dalam hal ini istana tidak bersalah apa-apa pun, katanya. 

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit ketua umum PKR itu, Anuar Shaari  (gambar kiri) berkata, Azmin adalah pilihan tepat bagi melaksanakan agenda Anwar. Agenda Anwar tetap untuk memenuhi cita-citanya menjadi Perdana Menteri, walaupun  dibelenggu masalah moral yang serius, katanya kepada portal tempatan. Sehubungan itu, kata Anuar, kemungkinan Azmin  menjadi boneka Anwar itu tetap ada kerana ketua pembangkang itu tidak dapat melakukannya ketika era Selangor ditadbir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kesimpulannya, IBM sokong penuh dengan pandangan dua tokoh politik yang menyuarakan suara hati mereka dan ianya adalah 'realiti' kerana itu adalah perancangan yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim dan ternyata Anwar Ibrahim berjaya setakat ini. Sejauh mana dan selama mana perancangan Anwar ini akan bertaha, kita tunggu dan lihat sahajalah. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment