Pages

Saturday, September 13, 2014

PAKATAN RAKYAT ANGIN PADA HADI AWANG KERANA MASIH NAK KEKALKAN KHALID SEBAGAI MB SELANGOR

SABTU, 13 SEPT 2014

SUMBER : 
PAKATAN RAKYAT kini menggangap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai 'duri dalam daging' dan perlu dihapuskan dari pakatan kerana Presiden PAS itu terus mencetuskan rasa tidak senang di kalangan sekutu Pakatan Rakyat apabila didakwa mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Pandangan itu ternyata merisaukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP apabila PAS secara konsisten mengambil pendirian bertentangan dalam isu krisis kepimpinan di negeri itu. Melalui Ketua Angkatan Muda Keadilan nya (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pilihan untuk mengekalkan Khalid dinyatakan oleh Hadi ketika mengadakan pertemuan dengan Pemuda Pakatan Rakyat baru-baru ini. 

Yang agak merisaukan beliau adalah dalam perbincangan itu apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Tan Sri Khalid dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid, katanya menerusi kenyataan pada Sabtu. IBM difahamkan kebimbangan Nik Nazmi itu yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu dilihat mempunyai asas apabila Hadi sebelum ini mengejutkan banyak pihak dengan mempersembahkan tiga calon kepada istana untuk dipilih sebagai Menteri Besar. IBM yakin, sehingga kini tiada siapa mengetahui tiga nama yang dikemukakan Hadi kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Dengan hati yang marah, naik angin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu mengingatkan Hadi supaya tidak berterusan mengambil keputusan yang bertentangan dengan PKR dan DAP dalam isu Menteri Besar. 

Pilihan itu tentulah bertentangan dengan sokongan majoriti Adun Selangor terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Meskipun isu perlantikan Menteri Besar belum selesai, tetapi Tan Sri Khalid kini hanya bertindak sebagai Menteri Besar peralihan yang telah diterima Sultan Selangor. Apatah lagi Tan Sri Khalid kini hanyalah Adun bebas tidak berparti, katanya. Tapi, apa kata kalau Duli Tuanku setuju kekalkan Khalid? Apa Pakatan Rakyat boleh buat?....dan apa tindak balas mereka terhadap Istana? Maka, hendak tak hendak terpaksalah kita tunggu lagi akan jawapanya. Apa le bala nya negeri Selangor ni?....Wasallam ~ IBM

2 comments:

  1. Hadi kekalkan Khalid... Ahli Pas mesti kekalkan Hadi..dari dipejatuhkan olih PasMa .. Kalau tidak Pas hanya saperti sarong sahaja... isinya anwarianis belaka.. Apa kah Pas akan pupus dimamah anai anai anwarianis... tunggu dan lihat .... siapa cepat bertindak dia akan kuasai Parti.

    ReplyDelete