SUMBER....
PADAN muka PKR & DAPig. Kena kaw-kaw dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang membidas pimpinan PKR yang tak ada kerja lain asyik “menghasut dan menyebar tohmahan” untuk memaksa Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan sebagai Menteri Besar Selangor, bulan lalu. Kemelut dan pergolakan dalam Pakatan Rakyat ini bermula daripada ….'Langkah Kajang' dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, titah baginda. Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tomahan untuk memburukkan Tan Sri Khalid supaya dapat diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor, titah Tuanku di Istiadat Pelantikan Exco Kerajaan Negeri Selangor di Istana Alam Shah di sini. Perkara hasut menghasut dan melempar tohmahan-tohmahan terhadap Tan Sri Khalid berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadhan, dimana umat Islam sepatutnya membuat ibadah, titah baginda dalam mengupas krisis kepimpinan Selangor yang berlarutan sembilan bulan. Sultan Sharafudin berkata PKR tidak mengendahkan nasihat baginda supaya bulan Ramadan tidak dicemari dengan tohmahan sedemikian.
PKR tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan suci Ramadan dengan menghina dan mencaci sehingga berjaya dalam niat untuk menjatuhkan Khalid sebagai MB Selangor, titah baginda. Titah Tuanku dilihat sebagai respon tegas terhadap teguran terbuka PKR ke atas pihak istana kerana tidak melantik Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar walaupun beliau dikatakan memperolehi sokongan majoriti ADUN Selangor. Selasa lalu, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR akur dengan keputusan Istana Selangor melantik timbalan presidennya Azmin Ali sebagai Menteri Besar namun menyifatkan bahawa ia tidak mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri. DAP memberi sokongan penuh kepada usaha PKR memecat Khalid untuk diganti dengan Wan Azizah. Hanya PAS bertegas menolak Wan Azizah dan sebaliknya mengemukakan Azmin sebagai salah seorang daripada calon MB untuk pertimbangan baginda Sultan.
Dalam titahnya, Sultan Sharafuddin membidas pemimpin yang mempertikaikan kuasa baginda dalam urusan pelantikan Menteri Besar sebagai jahil terhadap perlembagaan negeri. Baginda dapati ada ahli politik yang tidak faham akan peranan dan kuasa Institusi Raja atau mereka sengaja tidak memahaminya kerana Baginda yakin mereka mempunyai agenda yang lain. Baginda adalah Sultan yang memerintah Negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan Beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah dimeterikan pada tahun 1959, titah Tuanku. PKR memecat Khalid daripada parti itu setelah beliau enggan meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Azizah. Malah parti itu menuduh Khalid sebagai tidak berwibawa kerana dikatakan terbabit dalam beberapa urusan yang mencurigakan namun tidak mengemukakan sebarang bukti kukuh. Khalid menafikan segala tuduhan itu dan mengambil tindakan mahkamah terhadap Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.
Sultan Sharafuddin menyifatkan Khalid sebagai Menteri Besar yang menjalankan tugas dengan jaya dan sempurna. Titah Sultan Selangor hari ini mencerminkan bertapa rapuhnya hubungan istana dengan PKR dan DAP. Ia juga memberi petanda misi sukar yang menanti Azmin selaku MB untuk memperbaiki hubungan dua parti itu dengan Istana Selangor . Dengan titah sebegitu rupa dari duli Tuanku Sultan, adalah PKR & DAP masih ingin meneruskan agenda jahat mereka demi untuk memuaskan nafsu seorang pemimpin yang berjiwa besar sehingga ingin menjadikan isteri beliau yang tidak layak untuk dijadikan sebagai Menteri Besar? Siapa pemimpin yang IBM maksudkan itu? Hehehe....semua tahu siapa kan? Wasallam ~ IBM
No comments:
Post a Comment