Pages

Tuesday, October 14, 2014

AIDIL ZAFUAN SOKONG RITA BUAT LAPORAN 'UGUT BUNUH'

SELASA, 14 OKT 2014

SUMBER.....

IBM salute pada si Aidil Zafuan ini. Walaupun sudah berpisah dengan bekas isteri beliau, Rita, namun bintang bola sepak tersebut menyokong dan berkata, adalah wajar untuk Rita Rudaini mengambil tindakan terhadap pengikut Instagram bernama ‘Hanifhafizul’ yang telah mengugut agar bekas isterinya itu dibunuh. Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, berkata perbuatan seperti itu tidak wajar dilakukan oleh mana-mana pengikut laman sosial artis kerana ia adalah satu perbuatan jenayah. Bagi Aidil, tindakan Rita membuat laporan polis untuk mengambil tindakan terhadap pengikut laman Instagram beliau itu adalah patut kerana ia boleh mengancam keselamatan dia dan anak-anak, kata Aidil kepada pemberita semalamPada Sabtu lalu, Rita telah membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak dekat sini berhubung komen pengikut Aidil yang menulis cadangan meminta Aidil agar mengupah orang untuk membunuh Rita bagi menyelesaikan masalah mereka berdua. 

Ia berikutan Aidil memuat naik paparan skrin slip pembayaran nafkah anak kepada Rita sebagai bukti dia tidak mengabaikan anak-anaknya selepas bercerai. Dalam pada itu Aidil berkata, dia terkilan apabila aktres itu menuduhnya tidak mengambil serius tentang ugutan bunuh itu disebabkan dia tidak menyekat komen berkenaan. Beliau sibuk dengan kerja, tak mungkinbeliau ada masa untuk membaca kesemua komen di Instagram. Cuma apabila beliau terbaca, diakui memang beliau terkejut kerana individu itu berani memberi komen seperti itu. Dan baru-baru ini meneurut Aidil, beliau telah buang komen berkenaan. Tetapi takkanlah perkara ini pun jadi salah beliau?  soalnya. Sementara itu, Aidil mendedahkan dakwaan Rita kepada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Jumaat lepas yang beliau tidak pernah menuntut cerai terhadap Aidil adalah tidak benar. Katanya, semasa mereka bergelar suami-isteri, Rita kerap kali meminta untuk dilepaskan. Beliau tidak faham dengan permainan Rita itu. 

Kenapa dia (Rita) tidak sudah-sudah mahu mencari kesalahan dan mengaibkan beliau?. Apa lagi yang dia mahu? Kalau nak diikutkan, ketika kami masih suami-isteri, sudah lebih dua kali dia minta cerai daripada beliau. Semakin beliau diam, semakin menjadi-jadi pula tuduhan dia. Jangan sampai beliau bersikap tegas dengan mengambil tindakan terhadap setiap tuduhannya itu, ujarnya. Imbasa untuk semua pembaca, Rita dan Aidil bernikah pada 25 Februari 2008 di Selatan Thailand dan disahkan bercerai talak satu pada 5 September 2013 iaitu selepas lima tahun berkahwin. 

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, yang masing-masing berusia lima dan tiga tahun. Aidil yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) kemudiannya bernikah dengan Zarema Zainal, 28, pada 14 Mac lalu. Benarkah cinta itu buta? Mereka-mereka yang sedang  bercinta sahaja yang tahu, kerana selepas berkahwin tiada lagi perasan cinta diantara pasangan tersebut. Mana tidaknya, kenapa berlakunya cerai -berai jika ada perasaan cinta?. Hehehehe...saja IBM nak perhangatkan keadaan. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment