Pages

Monday, October 6, 2014

AZMIN KATA ANWAR TIDAK DIPECAT SEBAGAI 'PUNAHSIHAT EKONOMI' SELANGOR. TAK PERLU DILANTIK SEMULA!

ISNIN, 06 OKT 2014

SUMBER.....
UNTUNG bila duduk kat atas dan pegang jawatan yang no 1 dalam negeri. Buat keputusan sendiri. Tak kesah apa orang nak kata. Begitulah layanan kelas pertama yang Azmin bagikan kepada abang kesayangannya, Anwar Ibrahim apabila beliau menjadi Menteri Besar yang baru. Jawatan 'Penasihat Ekonomi Selangor' yang disandang oleh Anwar, tiba-tiba di mansuhkan, dengan erti kata lain, Anwar dipecat oleh bekas Menteri Besar Selangor yang lama, Khalid Ibrahim sehari sebelum beliau (Khalid) melepaskan jawatanya. Tapi, Azmin mengembalikan jawatan terseut kepada Anwar apabila beliau dilantik menjadi MB yang baharu. Jesteru katanya, Anwar Ibrahim tidak perlu dilantik semula untuk jawatan Penasihat Ekonomi Selangor kerana beliau tidak pernah dipecat,  Azmin Ali. Ujarnya bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hanya bertindak menutup pejabat Anwar di Plaza Peransang atas faktor mengurangkan kos pentadbiran, tetapi tidak pernah memecat Anwar. 

Tak perlu lantik semula. Sebabnya beliau bukan dipecat, tegasnya ketika ditemui di Majlis Kesyukuran dan Sambutan Aidil Adha bersama Menteri Besar di Taman Keramat, pagi tadi. Azmin tidak pula mengulas kenyataan bekas Ketua Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), Faekah Husin bahawa perkhidmatan Anwar ditamatkan pada hari pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditutup. Faekah yang dihubungi Antarapos berkata dalam kenyataan medianya pada 22 September secara jelas 'mengucapkan terima kasih kepada Anwar' sebagai simbolik kepada pemecatannya daripada jawatan itu. Menurut Faekah, langkah penutupan itu turut dipersetujui Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (MMKN) yang ketika itu dianggotai empat exco PAS sebagai menjimatkan kos pentadbiran negeri. 

Memang sudah dijangka sama seperti apa yang di perkatakan oleh beberapa penganalisis politik tanah air bahawa Azmin akan menurut apa sahaja kata dan kehendak  Anwar kerana seolah-olah Azmin terhutang budi dengan Anwar. Perkatan 'MB Remote Control' patut dikekalkan kepada Azmin kerana beliau telah pun menjurus kepada perkata tersebut. Ini bukan IBM kata, tapi dari penganalisis politik yang bijak pandai diluar sana. Dengan berbuat demekian, samada Azmin akan kekal lama sebagi MB Selangor, itu cerita lain. Kita tengok sejauh mana pengaruh Anwar terhadap beliau, dan arahan siapa yag akan Azmin ikuti atau patuhi, Sultan atau Anwar? Sultan dah kata awal-awal lagi. Baginda tak mahu MB yang di kawal dari jauh. Faham-faham je maksudnya itu ye. Apapun, sama-sama kita tunggu. Wasallam ! ~ IBM

No comments:

Post a Comment