Pages

Saturday, October 25, 2014

AZMIN NAFI IDAM KERUSI PRESIDEN PKR. TAPI...DALAM HATI KATA HENDAK. ITULAH WAJAH SEBENAR PEMIMPIN PKR, TAMAK HALOBA!

SABTU, 25 OKT 2014
MEMANG le. Bila ditanya secara terang-terang, siapa le nak mengaku. Begitu jugalah si Azmin ni. Hulur sejuta pun dia tak akan mengaku. Nak tunjuk setia konon.Tapi, dari risik-risik yang IBM buat, memang dah ada unsur-unsur atau kerja dalaman untuk menaikkan pangkat Azmin kepada Presiden PKR bila Anwar al-jub masuk penjara. Tapi, buat masa ini, Menteri Besar Selangor ni, Azmin Ali menafikan dakwaan wujudnya gerakan sulit menjatuhkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kononnya beliau mahu mengambil alih kerusi itu sekiranya Anwar Ibrahim dipenjarakan. Timbalan Presiden PKR itu berkata, perancangan itu tidak wujud dan dirinya kini lebih berminat menguruskan isu pentadbiran negeri berbanding hal dalaman politik parti. Tidak ada. Sekarang waktu kita bekerja. Jangan berpolitik. Masa berpolitik sudah selesai, katanya kepada pemberita selepas turun padang melawat tapak kawasan banjir di Seksyen 13, Shah Alam, semalam, Jumaat. 

Menteri Besar Selangor itu berkata, beliau mahu fokus terhadap kerja dan memenuhi tanggungjawab yang diberikan rakyat membangunkan negeri. Beliau bersyukur kerana pasukan baru ini mendapat sokongan PAS, DAP dan PKR. Tanggungjawab beliau ialah mendapatkan aspirasi rakyat kerana mereka mahu pembangunan di Selangor ini diteruskan dengan baik dan amanah. Ini satu tanggungjawab yang beliau harus pikul. Fokus kerja, katanya. Sebelum ini, beberapa kain rentang bertulis "Kami Mahu Azmin Ganti Presiden" dengan gambar Azmin bersongkok dikesan diletakkan di beberapa kawasan bandar termasuk Shah Alam. Bila di tanya pasal itu? Azmin cuba mengelak dari di soal oleh pemberita. Sementara itu, seorang  penganalisis  politik, Wan Saiful Wan Jan pada 20 Oktober yang lepas, berkata, masa depan PKR bergantung di tangan Azmin dan beliau perlu dijadikan ikon baru memimpin parti itu dan Pakatan Rakyat (PR) jika ditakdirkan Anwar kembali meringkuk ke dalam penjara. 

Masa depan PKR tanpa Anwar sebenarnya bergantung pada Azmin, beliau perlu jadi pemimpin bukan sekadar untuk PKR, tetapi juga semua dalam PR, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) itu. Di satu sudut yang lain pula, IBM mendapat berita, bekas ketua PKR cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin pada sidang media Khamis lalu mendakwa, Azmin melobi istana mendapatkan jawatan Menteri Besar. Nampaknya isu perlantikan Menteri Besar Selangor masih lagi kedengaran yang mana ketidakpuasan hati di kalangan pemimpin-pemimpin PKR terus berbunyi. Apapun lantak koranglah. Nak bergaduh, bertumbuk ke, itu korang punya pasal. Samada PKR terus maju kehadapan atau tidak apabila Ketuanya Anwar Al-Jub di penjara, itu bukan pokoknya. yang penting, samada Azmin bolehkah membawa perubahan terhadap negeri Selangor ini?, itu yang kita semua mahu lihat dan tunggu. Anwar al-jub tetap akan ke Sungai Buloh. Huhuhuhu! Wasallam ~ IBM

2 comments:

  1. Ketika mana azmin menawarkan diri bertanding presiden (sebelum dicantas anwar) bukankah bermakna beliau menginginkan jawatan itu? Sori to say, sikit tak percaya. Apapun eloklah tu, hapuskan legasi keluarga anwar dlm pkr... Good luck azmin...

    ReplyDelete