Pages

Sunday, October 12, 2014

BANTAHAN PAS TERHADAP 'PESTA ARAK OKTOBERFEST' : DAP & PKR TAK PEDULI PUN! TAKE BEEER! HUHUHU..!!

AHAD, 12 OKT 2014

SUMBER.....
SYUKUR alhamdulillah. Inilah yang rakyat Selangor dapat khususnya umat Islam dihina oleh orang kafir laknat kerana berpesta arak, tanpa mengambil kira sensitiviti umat Islam ketika masih lagi menyambut hari raya korban, iaitu hari raya Aidiladha. Mana PAS yang begitu lantang, takbur, ego dan bongkak yang mengelarkan parti mereka 'parti pejuang Islam'? Hantar memorandum?...tapi, tidak dilayan oleh seketunya, iaitu DAP & PKR. PAS bersendirian. Jelas, cakap-cakap dan bantah PAS tidak laku, tidak didengar dan di sokong oleh rakan kongsinya, DAPigs & PKR. Padan muka PAS yang selama ini membenci dan mengutuk bahawa UMNO tidak 'Islamik', UMNO tidak memperjuangkan Islam sehingga terdengar dari suara ahli-ahli PAS yang sanggup makan 'babi' dari bergabung atau bersama UMNO demi untuk memperjuangkan bangsa, agama dan tanah air. Dan...kini PAS ternyata termakan cakapnya sendiri. PAS dilihat seolah-olah terikut cakap-cakap rakan-rakan kongsinya, DAP & PKR, jom 'take beeeer'!. 

Malam semalam, kehadiran beberapa pemimpin kanan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke acara Oktoberfest di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya malam tadi menunjukkan mereka seolah-olah tidak menghormati pendirian Pas yang membantah penganjuran pesta arak tersebut. Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen yang menghadiri acara berkenaan menjelaskan, tindakan mereka itu adalah untuk mempertahankan hak golongan yang meminum arak. Katanya, beliau tidak minum arak tetapi beliau percaya bahawa kedua-dua golongan yang meminum arak dan yang tidak minum mempunyai hak masing-masing, cuma jangan paksa orang lain mengikut kemahuan anda, katanya menerusi status pada laman Facebook beliau hari ini. Menurut beliau, antara pemimpin pakatan pembangkang yang menghadiri acara Oktoberfest ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua; Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo; Ahli Majlis Pimpinan PKR, R. Sivarasa; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, R. Rajiv dan ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin. 

Bantahan yang dibuat oleh Dewan Ulama Pas penganjuran acara Oktoberfest dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak penganjur kerana mempromosi pesta arak itu secara terbuka walaupun tidak mempunyai permit. dilihat sebagai 'melepaskan batuk ditangga' dan gimik politik sahaja. Terpaksa, tapi...dah terlambat. Tidak ada kesanya pada penganjur pesta tersebut. Membuang masa, kerja sia-sia adalah amalan PAS dari dulu, kini dan selamanya. Dicucuk hidung, ditarik bak lembu juga adalah tradisi PAS. Jadi, mana maruah PAS? Walaupun Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Pas, Nasrudin Hassan menegaskan, pihak penganjur secara terang-terangan menyinggung sensitiviti umat Islam yang masih dalam suasana sambutan Hari Raya Aidiladha, tapi, apa kesudahanya? Islam tetap dihina, Islam dihina dan terus di hina. PAS buat apa? 


Sementara itu, di fahamkan, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengesahkan, setakat kelmarin, pihak penganjur masih belum mendapatkan kelulusan daripada polis, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Oktoberfest bermula pada 24 September lalu di beberapa lokasi di sekitar Selangor dan acara kemuncaknya berlangsung mulai semalam hingga esok di tempat letak kereta One Utama. Namun.....semuanya sudah terlambat. Nasi sudah jadi bubur. Islam terus di hina, gara-gara PAS yang cakap tak serupa bikin. Untuk itu, PAS disyorkan tukar sahaja nama parti Islam se Malaysia (PAS) kepada 'Parti Ajaran Sesat'. memalukan agama dan umat Islam je. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment