Pages

Thursday, October 16, 2014

BETUL KATA AZMIN, TIADA 'SIAPA MENANGIS' KERANA KERUSI MB SELANGOR, TAPI KAK WAN JIJAH NANGIS, AZMIN TAHU TAK?

KHAMIS, 16 OKT 2014
KALAU sindir-menyindir ni berikan pada orang-orang PKR. Memang itulah hobi mereka. Isu tangis-menangis ni yang dibangkitkan oleh Azmin Menteri Besar Selangor yang baharu, adalah diibaratkan seperti 'meludah ke-langit', terkena muka sendiri. Memang betul kata Azmin, tiada siapa yang menangis berhubung krisis berpanjangan kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor yang disandangnya kini, tapi, dia tahu tak tuan badan yang betul-betul teringin sangat nak jadi MB Selangor, Wan Azizah@Nenek Kipas, begitu terkilan lantas menangis, menangis kerana hasrat si suaminya Anwar al-jub tidak kesampian. Wan Azizah ditolak mentah-mentah oleh pihak Istana untuk menjadi MB Selangor yang baharu. Gagal,  Anwar gagal lagi. Hari ini, Khamis, semasa di persidangan Dewan Negeri Selangor, dengan nada gembira dan tenang, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak bersyukur krisis politik di Selangor berjaya diselesaikan dengan baik. (Krisis) Selangor sudah selesai secara baik. Alhamdulillah tak ada siapa pun yang menangis. 
Yang menangis sebelah sana (Barisan Nasional), katanya sinis pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Khamis. Terdahulu ketika menyertai perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015, Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) cuba 'mengusik' Menteri Besar Selangor yang baharu itu supaya menyelesaikan beberapa isu ekonomi di negeri yang ditadbirnya. Bagaimanapun menurut Azmin, beliau yakin dapat menguruskan pentadbiran kerajaan negeri dengan baik. Tugas ini adalah tanggungjawab, bukan keistimewaan. Bagi peluang untuk beliau bentang Belanjawan 2015 Selangor nanti. InsyaAllah saya akan beri perhatian soal pendidikan dan ekonomi negeri termasuk perlaburan. Ini baru tiga minggu (jadi menteri besar), katanya. Konflik pelantikan Menteri Besar Selangor akhirnya berjaya diselesaikan selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terpaksa akur dengan keputusan Istana Selangor memilih Azmin. 
Seperti yang kita semua ketahui, Wan Azizah sebelum ini diangkat oleh partinya sendiri sebagai calon tunggal jawatan berkenaan walaupun mendapat tentangan daripada sekutu Pakatan Rakyat iaitu PAS. Akhirnya Azmin yang berjaya. Azmin ketawa dalam gembira, tapi, Kak Wan Jijah menangis kehampaan. Tapi, ini tidak bererti Azmin sudah selesa menjadi MB Selangor, kerana, Anwar al-jub sentiasa mengawasi beliau dan akan menggunakan 'kawalan jauh' untuk menunjuk ajar kepada Azmin macam mana nak jalankan tugas sebagai Menteri Besar yang baik dan sekali gus mengikut kehendak dan rentak Anwar al-jub. Adakah Azmin akan menangis selepas ini? Tungguuuuuu!. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment