Pages

Monday, October 6, 2014

MENJELANG KEPUTUSAN KES LIWAT II : ANWAR KIAN MENGGELABAH...HUHUHU..!

ISNIN, 06 OKT 2014

SUMBER......
SEPERTI biasa Anwar akan berbuat apa sahaja asalkan kes liwat II nya dapat ditangani dan lepas daripada hukuman. Sejak akhir-akhir ini Anwar dikatakan terlalu gelabah hingga berusaha mencari jalan dan menggunakan kuasa luar bagi menanangi kes liwatnya itu. Jelas, usaha Anwar Ibrahim untuk mendapatkan sokongan antarabangsa dalam kes liwatnya menunjukkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menggelabah menjelang keputusan Mahkamah Persekutuan pada akhir bulan ini. Semalam, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan bersuara dan berkata, Anwar sepatutnya lebih tenang kerana sebelum ini Mahkamah telah memberi pelbagai ruang dan peluang untuk dia mempertahankan diri sehingga perbicaraan kes liwatnya ditangguhkan puluhan kali. Beliau turut mengingatkan Anwar bahawa keadilan bukanlah hak milik esklusifnya sehingga orang lain tidak berhak menerimanya. Adakah pengadu kes liwat, Mohd. Saiful Bukhari Azlan tidak berhak mendapat keadilan?, biarlah mahkamah membuat kata putus. 


Tindakan Anwar yang berlari ke sana sini mendapatkan sokongan antarabangsa memberi isyarat dia seperti sudah tahu nasibnya. Jika tidak, kenapa dia menggelabah, katanya. Beliau membuat kenyatan tersebut apabila mengulas laporan portal berita The Sydney Morning Herald(http://www.smh.com.au) pada Jumaat lalu berhubung kritikan Anwar terhadap kerajaan Autralia berikutan pendirian negara itu yang enggan campur tangan dalam urusan kehakiman di negara ini. Menurut laporan itu, Anwar berada di Jakarta, Indonesia untuk mendapatkan sokongan Australia menjelang rayuan terakhir kes liwat membabitkan beliau di Mahkamah Persekutuan pada 28 Oktober ini. Dalam pada itu, Nallakaruppan memuji pendirian Australia yang enggan campur tangan dalam kes liwat Anwar dan menyifatkan negara itu telah membuat keputusan yang tepat. 

Dulu bolehlah, negara lain belum dapat maklumat yang tepat. Sekarang semua orang tahu, sebab itu saya tidak pelik dengan pendirian Australia, katanya. Mengulas lanjut, beliau menyelar tindakan Anwar yang hanya menerima keputusan mahkamah secara berpilih iaitu yang berpihak kepadanya. Katanya, sikap itu agak 'melucukan' kerana Anwar juga galak menyaman pihak yang tidak sehaluan dengannya. Mana tidaknya. Duit dah semakin habis, maka dengan menyaman orang-orang yang dikatakan menfitnah beliau dan juga tidak sehaluan dengan beliau, maka, saman sahajalah jalan terakhir buat Anwar cari duit. Tak sabar nak tengok Anwar ditendang masuk ke Sungai Buloh. Huhuhu...! Wasasllam ~ IBM

No comments:

Post a Comment