Pages

Wednesday, October 22, 2014

PENGANJUR 'SENTUH ANJING' DALAM BAHAYA. DIANCAM BUNUH & DITUDUH MURTAD...

RABU, 22 OKT 2014

INILAH akibatnya bila tidak memikirkan sensitiviti sesebuah agama. Pulak tu, yang menganjurnya seorang yang beragama Islam. Ekoran dari itu, Penganjur 'I Want To Touch a Dog', Syed Azmi Alhabshi (gambar atas, dibulatkan) menjadi sasaran ancaman bunuh dan digelar murtad oleh masyarakat Melayu-Islam. Pihak yang tidak berpuas hati dengan perbuatan beliau menganjurkan acara berkenaan yang kononnya bertujuan mendidik masyarakat Islam mengenai anjing bertindak menyebarkan nombor telefonnya melalui pelbagai aplikasi dan laman sosial. Bagus le tu. Bahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima sekurang-kurangnya dua laporan berhubung penganjuran aktiviti itu yang berlangsung pada Ahad lalu. Laporan dilakukan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya dengan pengadu mendakwa sensitiviti umat Islam dipersendakan. Laporan polis itu akan dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk tindakan susulan, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim. Pengguna laman sosial Facebook juga tidak ketinggalan meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Syed Azmi. 

Ada juga pengguna Facebook menggesa tindakan diambil terhadap wanita yang bergambar bersama anjing-anjing tersebut dengan menarik tudung dan melihat sama ada mereka memakai rantai salib atau tatu. Dikalangan masyarakat Islam di negara ini mendakwa program tersebut sebagai percubaan untuk memperkenalkan idea “liberal” atau “plural” kepada umat Islam dan menambah tidak mustahil memberi percubaan kepada kempen menyentuh dan 'memakan babi'. Seperti yang kita semua maklum, program yang diadakan pada Ahad di Bandar Utama terbukti begitu popular dengan kehadiran hampir 1,000 orang yang mengambil bahagian dan belajar tentang anjing dan pandangan Islam terhadapnya. Kebanyakan yang hadir mengambil peluang untuk menyentuh anjing daripada pelbagai baka termasuk chow-chow, huski, German Shephard dan poodle dibawa ke acara tersebut oleh pemiliknya. 

Sukarelawan di acara tersebut juga menunjukkan bagaimana proses pembersihan dipanggil sertu atau samak yang melibatkan membasuh bahagian berkaitan enam kali dengan air bersih dan sekali dengan tanah. Bagaimanapun, kebanyakan Melayu - orang alim dan orang biasa - merasa tersinggung dengan gambar orang Islam bermesra dan menyentuh anjing. Kesimpulanya, sampai bila umat Islam dan agama Islam di persedakan, dan kenapa umat Islam itu sendiri yang menghina agamanya sendiri? Adakah itu tanda-tanda 'kiamat' kian menghampiri kita? Jom, sama-sama kita fikirkan. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment