Pages

Thursday, October 16, 2014

PERLAKSANAAN HUDUD DI KELANTAN : PAS KELANTAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN. PEMOHONG BESAR!!

KHAMIS, 16 OKT 2014
SAMPAI bila PAS Kelantan nak menipu dan menaburi mata rakyat dan pengikut-pengikutnya tentang hudud ini. Dah terlama kita dengar PAS akan melaksanakannya di Kelantan. Tapi, sampai saat ini sehingga Tok guru Nik Aziz pun dah pencen selaku Menteri Besar, hudud di Kelantan masih tidak terlaksana? Kenapa, dan salah siapa? Seperti yang kita semua maklum, PAS selalu manyunding jari dan menyalahkan UMNO di atas kegagalan mereka melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Tapi, tahukah mereka bahawea merekalah yang tak ada telo, tak mampu untuk melaksanakannnya. Mereka terus-meneruskan menyalahkan Umno. Sedangkan apa yang kita semua ketahui antara sebab PAS takut untuk melaksanakan hukum hudud adalah kerana di tentang dan disekat oleh rakan kongsinya, iaitu DAPigs & PKR. Itu sebenar-benarnya. Salah Umno ke tu? Dan, hari ini berita terkini, kita semua terbaca di akhbar tempatan bahawa Kerajaan Pas Kelantan akan tetap melaksanakan hukum hudud atau Kanun Jenayah Syariah II di negeri ini walaupun mendapat tentangan daripada orang bukan Islam. 

Ok. Bagus le tu, teruskan. Tunggu apa lagi? Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud menegaskan, Pas (gambar kecil, atas kanan) tidak akan tunduk dengan sebarang desakan sebaliknya yakin undang-undang Islam itu akan dilaksanakan tahun depan. Beliau berkata, orang bukan Islam tidak sepatutnya membantah hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud itu kerana ia langsung tidak melibatkan mereka. Orang bukan Islam tidak boleh tidak setuju sebab mereka tidak terlibat dalam undang-undang Islam ini. Misalnya hukum bersunat wajib kepada orang Islam, takkan bila kita hendak bersunat hendak minta kebenaran orang bukan Islam. Jadi soal orang bukan Islam tidak setuju tidak perlu, sebab kita tidak perlu sokongan dia. Insya-Allah kita berdoa agar hudud akan dapat dilaksanakan tahun depan, katanya. Beliau berkata demikian ketika membuat pergulungan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini. Sementara itu Mohd. Nassuruddin turut menegaskan, Pas sama sekali tidak akan tunduk dengan sebarang desakan terutama daripada sekutu mereka, DAP untuk melaksanakan hukum hudud ini. 

Kita tidak perlu persetujuan DAP. Insya-Allah tahun depan kita laksana, katanya. Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai perkembangan jawatankuasa teknikal khas antara Kerajaan Pusat dan negeri yang ditubuhkan bagi mengkaji pelaksanaan hudud, Mohd. Nassuruddin berkata, proses perbincangan melalui jawatankuasa itu berjalan lancar dan menunjukkan perkembangan positif. Sekarang kita sudah melalui dua kali mesyuarat. Ia berjalan dengan lancar. Kita doakan pada 2015 undang-undang Islam ini akan dapat direalisasikan, katanya. Ya, sama-sama kita berdoa agar perlaksanaan nya berjaya. Aminn! Tapi, bila terbantut, ada halangan, jangan salahkan Umno lagi. PAS tu yang pengecut, tunduk kepada gertakan rakan-rakan kongsinya yang mana menyuarakan supaya PAS keluar dari pakatan sekiranya masih ingin melaksanakan hukum hudud. Salah Umno juga kah? Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment