SAMADA betul (tepat) atau tidak tindakkan Kerajaan kepada isu yang diatas itu, terpulang kepada rakyat untuk menilainya.Sudah tentu ada pihak yang tidak berpuas hati dan mengatakan Kerajaan bersikap tidak adil dan berbagai-bagai lagi. Apa yang penting, golongan rakyat berpendapat rendah akan dapat menafaat di atas tindakan/keputusan Kerajaan itu. Jesteru, Kerajaan mengambil langkah bagi golongan berpendapatan tinggi perlu mula membayar petrol RON95 dengan harga pasaran, manakala mereka yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah akan terus menikmati kadar subsidi semasa apabila mekanisme rasionalisasi subsidi petrol dilaksanakan pada Jun. Kadar pasaran semasa bagi RON95 adalah RM2.58 seliter, manakala harga subsidi ialah RM2.30 seliter. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (gambar bawah) berkata, mekanisme tersebut, yang mungkin melibatkan penggunaan MyKad atau kad-kad lain, masih diperhalusi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Bagi golongan berpendapatan sederhana, ada di antaranya masih akan menikmati kadar subsidi, katanya pada sidang akhbar selepas taklimat Bajet 2015 dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada pegawai-pegawai daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah serta agensi berkaitan, Khamis. Beliau berkata adalah tidak masuk akal apabila orang yang memandu kereta mewah menikmati 75 liter petrol subsidi manakala golongan berpendapatan rendah memiliki 7.5 liter setiap kali mengisi bahan bakar. Apabila sistem untuk diesel subsidi bermula pada bulan Januari, kad fleet akan digunakan untuk pembelian, katanya. Tambahnya, kerajaan membelanjakan RM23.5 bilion subsidi bahan api pada tahun 2009. Ketika ditanya sama ada kerajaan akan memberikan subsidi secara menyeluruh kepada semua rakyat Malaysia sehingga penggunaan tertentu dengan mengambil kira negara ini adalah negara penghasil minyak, beliau berkata masih ada masa untuk membuat kajian mengenainya dan keputusan akan diumumkan kemudian. Beliau berkata Malaysia mengeluarkan 700 tong minyak berkualiti tinggi sehari untuk eksport manakala mengimport 600 tong minyak biasa untuk kegunaan umum.
Sementara itu, beliau berkata, kadar inflasi dijangka meningkat sebanyak 1.08 peratus dari kadar semasa 3.3 peratus (berdasarkan Indeks Harga Pengguna) selepas GST dilancarkan pada bulan April, tetapi akan turun kepada 2 peratus atau 3 peratus pada akhir tahun 2015 atau pada tahun 2016, seperti yang diramalkan oleh Bank Negara. Alasan peningkatan sementara itu kerana cukai jualan 10 peratus ke atas stok lama ditambah dengan GST 6 peratus. Apapun, masih terlalu awal untuk dipertikaikan. Pihak yang berpendapatan tinggi masih belum buat komen apa-apa. IBM yakin, mereka (pendapatan tinggi) akan menyuarakan ketidakpuasan hati mereka. Dan, sejauh mana keberkesananya terhadap golongan yang berpendapat rendah, kita tunggu. Wasallam ~ IBM

No comments:
Post a Comment