Pages

Friday, October 3, 2014

SUKAN ASIA : WALAUPUN TAK PUAS HATI, MALAYSIA AKAN PULANGKAN PINGAT EMAS YANG DIMENANGI. DAH TAK REZEKI!

JUMAAT, 03 OKT 2014

SUMBER......
Malaysia menerima keputusan Jawatankuasa Sementara Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menolak rayuannya terhadap tindakan Majlis Olimpik Asia (OCA) melucutkan pingat emas atlet wushu wanita Tai Cheau Xuen kerana kesalahan doping pada temasya Sukan Asia ke-17. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, memberi jaminan pingat emas pertama negara itu akan dipulangkan ekoran keputusan CAS itu. Walapun menerima keputusan itu atas komitmen misi sukan, Khairy (gambar, kanan) menegaskan ia tidak bermakna "kami gembira dan berpuas hati dengan proses doping yang dijalankan". Terdapat kesilapan serius dalam prosedur (doping)... kami akan menulis satu lagi surat kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan OCA, katanya kepada pemberita selepas merasmikan sukan lasak, Cabaran Rembau 2014 hari ini. 
Semalam, CAS menolak rayuan Cheau Xuen, yang muncul juara dunia di Kuala Lumpur tahun lepas, diuji positif mengambil bahan perangsang sibutramine selepas memenangi pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia di Sukan Asia 2014, 20 September lepas. Berikutan ujian itu, OCA melucutkan pingat emas oleh atlet berusia 23 tahun itu. Khairy berkata walaupun Malaysia mahu mengamalkan toleransi sifar terhadap doping tetapi ia tidak harus mengorbankan keadilan asasi atlet. Ada kecenderungan dalam sukan sekarang bahawa setiap kali ada ujian doping, sebarang persoalan mengenai integriti proses ujian ditolak kerana apa yang paling penting ialah ujian itu sendiri, katanya.
Apa pun, dah tak rezeki KJ, apa nak buat. Terima je adanya. Bagi IBM, itu adalah satu pengajaran dan tauladan yang harus kita semua fikirkan sedalam-dalamnya. Jangan diambil mudah akan perkara tesebut. Demi untuk menjaga maruah negara dan juga sukan di negara ini, kajian terperinci harus dilakukan. Mungkin juga terdapat unsur-unsur sabatoj demi untuk memburukan nama negara. Berkemungkinan. IBM bukan menuduh mana-mana pihak. Harap maklum. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment