Pages

Friday, October 31, 2014

TERKINI! UM KENAL PASTI 9 MAHASEWELNYA TERLIBAT DENGAN PERHIMPUNAN HARAM DAN TINDAKAN AKAN DIAMBIL.

JUMAAT, 31 OKT 2014
TAK ada kerja cari kerja, cari penyaki,t akhirnya sendiri yang rugi. Tanggung le sendiri. Anwar al-jub ada peduli? Diberitakan, Universiti Malaya (UM) telah mengenal pasti sembilan pelajarnya yang disyaki menghadiri perhimpunan haram sempena pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan pada 27 Oktober lepas di Dataran Dewan Tunku Canselor. Ketua Unit Media dan Korporat UM, Izzad Zalman Abd Kader berkata, antara sembilan pelajar itu termasuk Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol. Menurutnya, UM telah mengenal pasti Fahmi di dalam perhimpunan itu dan dia berada di barisan hadapan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Fahmi merupakan pelajar tahun akhir daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial, dia bersama lapan mahasewel yang lain akan dibawa ke Lembaga Tatatertib dalam masa terdekat berdasarkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 serta mengikut Perlembagaan Universiti

Jelasnya, jumlah sebenar bilangan pelajar UM yang didapati terlibat belum dapat dipastikan namun rakaman CCTV itu telah dikongsi bersama institusi pengajian yang lain untuk proses pengecaman. Pelajar UM yang dikenal pasti akan disiasat oleh UM sendiri manakala selebihnya oleh institusi terlibat, katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata suspek yang terlibat dalam perhimpunan itu kini sedang dikenal pasti berdasarkan bukti rakaman CCTV serta video. Dalam insiden 27 Oktober lepas, kira-kira 300 belia termasuk beberapa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) merempuh masuk pintu pagar UM pada 9.20 malam untuk acara pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan berlangsung di Dataran Dewan Tunku Canselor. 


RAKYAT MAHU ANWAR DIPENJARAKAN....RAKYAT MAHU ANWAR DIPENJARAKAN
 NEGARA AMAN TANPA ANWAR

Program itu tidak mendapat kebenaran UM dan pihak keselamatan universiti itu mengunci pintu pagar utama universiti. Maka, sudah wajarlah pihak UM akan bertindak dan menghukum para mahasewelnya yang degil dan melanggar peraturan Universiti. Kita tengok nanti, adakah Anwar akan tampil membantu sekiranya mahasewel tersebut di buang atau dikena tindakkan displin.?  Sama-sama kita tunggu. Opss...tapi, kalau Anwar al-jub sudah masuk kedalam (penjara), siapa nak bela mereka-mereka tu? Sendiri fikirlah. Wasallam ~ IBM

4 comments:

  1. Admin, aku nk tegur sikit... Jangan sebut '9 mahasewelnya'... seolah2 semua 27000 pelajar UM nih semua mahasewel sedangkan 26991 kurang sikit yang lain semua menentang al-jub nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~Prince Righty,

      Salam. T.kasih di atas teguran tersebut. Apa yg IBM maksudkan ialah hanya '9' sahaja mahasewel, yg lain tu ok. Mereka tetap mahasiswa....

      Delete
  2. tnc akademik dan antarabangsanya tak kena tindakan ke? patut jugak disiasat dan sekiranya terlibat, ambil tindakan paling keras. bukan soal pendirian politiknya tetapi andaian peranannya sebagai agen perosak dalam universiti jika hasil siasatan mengaitkannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~usin,

      Salam. Kita tunggu dan lihat dahulu....

      Delete