Pages

Saturday, October 18, 2014

YAHOOO! FELDA MENANG SAMAN. WAN AZIZAH DAN SUARA KEADILAN TERKANGKANG HABIS!

SABTU, 18 OKT 2014

AKHIRNYA Felda dan sebuah anak syarikatnya semalam, Jumaat memenangi kes saman terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan dua lagi berhubung penerbitan dua artikel berbaur fitnah terhadap agensi itu menerusi akhbar mingguan PKR, Suara Keadilan. Kalau kita masih ingat, pernyataan fitnah itu terkandung dalam artikel pertama bertajuk 'Felda Bankrap' yang diterbitkan pada 22 Jun 2010 dan artikel kedua berserta gambar bertajuk 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' bertarikh 29 Jun 2010 yang diterbit dan diedarkan oleh akhbar parti pembangkang itu. Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md. Said ketika memutuskan demikian bagaimanapun memerintahkan supaya jumlah ganti rugi yang akan diterima Felda dan Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (FGVH) ditaksirkan kemudian oleh Penolong Kanan Pendaftar. Dalam saman tersebut Felda menuntut ganti rugi RM200 juta. Pada 16 Ogos 2010, Felda dan FGVH memfailkan saman terhadap Wan Azizah, Senator Dr. Syed Husin Ali yang ketika itu Naib Presiden PKR, bekas editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib dan penulis artikel itu Rusnizam Mahat yang dinamakan sebagai pihak defendan atas dakwaan menyiarkan dua artikel yang memfitnah Felda dalam Suara Keadilan. 

Bagaimanapun pada 30 September lalu, Dzulkarnain memohon maaf kepada Felda dan FGVH berhubung penerbitan dua artikel palsu itu dan diterbitkan dengan niat untuk memperkecilkan serta merosakkan reputasi mereka. Dzulkarnain turut menyatakan tajuk utama 'Felda Bankrap' sengaja diterbitkan akhbar itu untuk mensensasikan isu berkaitan Felda. Sementara itu, Hakim Kamaludin dalam penghakimannya hari ini menyatakan, Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Felda menyaman bekas Timbalan Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi, Datuk Dr. Tan Kee Kwong iaitu Felda selaku badan berkanun berhak untuk memfailkan saman. Hak untuk menyaman dalam peruntukan itu mengikut Seksyen 15(1) Akta Pembangunan Tanah 1956 dan hanya boleh ditarik balik oleh Parlimen dan bukannya mahkamah, kata beliau ketika membacakan penghakimannya. Beliau membuat keputusan itu selepas menolak isu awalan yang dibangkitkan oleh peguam Francis Pereira yang mewakili pihak defendan berhubung kapasiti Felda untuk memulakan tindakan saman iaitu Felda sebagai badan berkanun tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan saman tersebut. 

Felda dalam pernyataan tuntutannya mendakwa penerbitan artikel-artikel itu boleh menjejaskan reputasinya dan defendan sengaja menyiarkannya untuk merosakkan kepercayaan dan keyakinan peneroka-peneroka Felda terhadap agensi itu. Maka, kesimpulan yang IBM dapat disini ialah, keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi adalah berpandukan kepada bukti-bukti yang kukuh, meneliti semua kenyataan yang dipaparkan oleh Suara Keadilan itu adalah palsu. Maka, sudah sewajarnya Felda diberi pembelaaan diatas fitnah yang dilontarkan oleh pembangkang kerana mereka memang mempunyai niat yang jahat. Oleh yang demekian, pembangkang dinasihatkan supaya berhati-hati dengan permainan politik 'kotor' mereka utnuk tidak meracuni dan menakut-menakutkan warga Felda supaya membenci Felda antar a lain kononnya Felda mengamalkan sistem along dengan slogan mereka 'Felda dulu tolong, kini dah jadi along'. Kan sial punya slogan tu. Apapun, tahniah kepada pengurusan Felda dan teruskan sumbangan dan peranan anda kepada Felda. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment