Pages

Thursday, December 11, 2014

AZMIN ALI & THE GENGS PANAS BUNTUT KENA 'WARNING' DENGAN DULI TUANKU SELANGOR

KHAMIS, 11 DIS 2014

"CUKUP...cukuplah dengan masalah 'politik' di Selangor ini. Beta dah penat dengan politik yang kotor yang banyak menyusahkan beta dan rakyat Selangor," Begitulah suara yang keluar dari Duli Sultan Selangor sekali gus mengingatkan pentadbiran Menteri Besar Selangor yang baru supaya lebih fokus kepada permasalahan negeri dan rakyat. Duli Tuanku mahu Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan pasukannya bekerja lebih keras untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan mengekalkan kedudukan negeri ini, begitulah titah Sultan Sharafuddin Idris Shahyang mana baginda sudah 'penat' dengan permainan politik dan mahu melihat hasilnya mulai sekarang. Duli Tuanku mahu Azmin memberikan khidmat kepada rakyat, titahnya Sultan Sharafuddin dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar tempatan sempena ulang tahun baginda ke-69 hari ini, Khamis. Rancang dengan baik untuk jangka masa panjang, dapatkan orang yang tepat untuk melaksanakan pelan dan tinggalkan warisan pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat dan generasi akan datang, titah Sultan Sharafuddin, yang tidak menyembunyikan kekecewaannya terhadap krisis Menteri Besar di Selangor baru-baru ini. 

Sultan telah mengingatkan dan memberi amaran kepada kepemimpin negeri supaya mengelakkan keputusan atau kenyataan populis. "Jangan cuba untuk menjadi seorang wira dengan mengorbankan rakyat".  Menyentuh mengenai suasana politik kucar-kacir yang membawa kepada pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar, Sultan Sharafuddin bertitah proses demokrasi tidak boleh disalahgunakan. Kebimbangan utama baginda ialah pada bulan-bulan tertentu di mana berlaku masalah peralihan jawatan Menteri Besar dan telah menjejaskan fungsi kerajaan negeri. Sultan Sharafuddin bertitah gangguan terhadap pentadbiran negeri itu 'sangat, sangat mementingkan diri sendiri'. Baginda bertitah bahawa baginda terkejut apabila pertama kali mendengar tentang 'Langkah Kajang', cara PKR untuk memaksa pilihan raya kecil (PRK) diadakan  dan kemudian menjatuhkan bekas Menteri Besar yang lama, Tan Sri Khalid Ibrahim. Adakah amaran, peringatan dan arahan Tuanku ini akan diterima oleh Pakatan Rakyat (PR)? Sama-sama kita tunggu, dan berapalah kah pentadbiran Azmin Ali akan  bertahan di Selangor ini? Wassalam ~ IBM

No comments:

Post a Comment