SATU lagi kejutan didalam sejarah penerbangan antara bangsa. Pesawat AirAsia milik Taikun (taukeh besar) dari Malaysia, Tony Fernandez, QZ8501 yang dilaporkan hilang telah diminta membelok beberapa darjah sebelum gagal dihubungi menara kawalan. Agesi berita yang memetik pegawai Kementerian Pengangkutan Indonesia, Hadi Mustofa berkata, pesawat tersebut telah diminta membelok beberapa darjah dari laluan asal Surabaya ke Singapura sebelum hilang. Ia telah mengambil laluan yang sedikit berbeza. Juruterbang juga diminta untuk meningkatkan ketinggian dari 3,200 kepada 3,400 kaki, katanya. Bagaimanapun Hadi memberitahu, perubahan tersebut merupakan perkara biasa dan penerbangan berkenaan dipercayai masih di rantau Indonesia.
Ia mungkin masih berada di Indonesia, katanya sambil mendakwa situasi cuaca buruk dan faktor lain mungkin menjadi penyebab pesawat gagal dihubungi. Setakat ini masih belum ada kosehan samada kehilangan pesawat tersebut terhempas setelah hilang dari rada. Samalah kita berdoa agar pesawat AsiAsia Indonesia , QZ8501 selamat bersama penumpang dan anak-anak krewnya. Difahamkan juga, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun membuat kenyataan kesediaan kerajaan Malaysia bagi membantu untuk mencari pesawat yang hilang tersebut. Semunya itu adalah ketentuan dari Allah SWT. Wassalam ~ IBM
TERKINI :
No comments:
Post a Comment