WALAUPUN PRU ke-14 agak jauh lagi, tapi, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata beliau tidak pasti sama ada Pakatan Rakyat akan terus bertahan sehingga pilihan raya umum ke-14 ketika keretakan gabungan itu terus diperkatakan. Beliau mengakui ada perkara tidak kena apabila mereka tidak bermesyuarat hampir setengah tahun. Kit Siang melahirkan rasa kebimbanganya dan berkata, jika soalan dilamparkan kepada beliau sama ada ada beliau boleh dengan pasti samada ketiga-tiga parti dalam Pakatan akan tetap ada untuk berjuang dalam pilihan raya umum ke-14, beliau tidak dapat jawab kerana beliau tidak tahu. Katanya, bukan lagi rahsia bahawa Pakatan tidak berjalan dengan baik, dan ini sebabnya kenapa Majlis Presiden Pakatan tidak dapat bermesyuarat lebih enam bulan untuk memastikan kerangka dasar bersama dan prinsip disepakati...Inilah dua prasyarat utama untuk menyelamatkan Pakatan dan mengembalikan keyakinan awam padanya, katanya dalam kenyataan hari ini.
Kit Siang sebelum ini tidak terlibat dalam pertelingkahan ketika setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, yang juga anaknya, mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana gagal hadir ke mesyuarat Pakatan akhir-akhir ini. Di tengah-tengah desakan itu, Hadi berkata, terpulanglah pada beliau untuk hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan dan tidak perlu diminta. Tapi, dalam isu ini, jangan kita terlalu percaya akan apa yang di suarakan oleh Lim Kit Siang ini. Mungkin itu adalah satu perangkap bagi kita semua. Mungkin kita (BN) akan 'over confident' apabila membaca statement dari pemimpin DAPigs ini yang terkenal dengan berbagai tipu-helah mereka. Maka, eloklah kita berhati-hati dan teruskan dengan cara kita bagaimana untuk mendekati dengan para pengundi yang telah lari meninggalkan BN, juga pengundi-pengundi atas pagar, dan....jangan lupa kepada pengundi generasi 'Y'. Tak payah IBM nak kupas siapa gen Y ini.
Dari apa yang IBM telah buat kajian, agak lama juga, pembangkang di dapati berceramuk, berkelahi, cabar-mencabar di antara mereka, ungut-mengugut sesama mereka, tapi...bila saat dan ketika sampainya PRU mereka bercantum kembali bak 'air di cincang tak akan putus'. Begitu cepat mereka menyedari betapa ruginya mereka bila bertelengkah sesama sendiri. Misi mereka adalah untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan memerintah negara. Persoalanya, adakah BN mempunyai ciri-ciri seperti Pakatan ini? Tepuk dada tanya selera. Wassalam ~ IBM
No comments:
Post a Comment