Pages

Wednesday, December 31, 2014

SELAMAT TINGGAL 2014..KINI DATANG 2015!

RABU, 31 DIS 2014
SALAM SEMUA, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN,

TINGGAL beberapa jam sahaja lagi tahun 2014 akan meninggalkan. Terlalu banyak kenangan pahit & manis yang kita semua lalui pada tahun 2014. Moga apa yang kita telah lakukan sepanjang tahun 2014, mendapat keberkatan dari Allh swt. Dengan ini, IBM sebagai penulis blog yang kerdil dan serba kekurangan menyusun jari sepuluh, mohon keampunan dari para pembaca dan pengemar blog yang di rahmati Allah sekalian, dari hujung rambut ke hujung kaki. Maaf jika terkasar bahasa dan terlanjur kata. IBM juga manusia biasa tidak lari dari membuat kesilpan. 

Jesteru, IBM juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sokongan anda semua terhadap blog yang serba kekurangan ini. Jika, ada apa-apa yang hendak dikomen, ditegur, sila-silakan. Segala teguran atau tunjuk ajar itu, amat-amat IBM hargai. Di samping itu marilah kita sama-sama berdoa agar di tahun baharu ini (2015) akan lebih menceriakan kita dan mengharapkan negara kita aman, damai dan makmur sentiasa. Juga, jangan lupa sama-sama kita berdoa agar musibah 'banjir luar biasa' yang menimpa di negara kita akan berakhir tidak lama lagi. Insyallah. SELAMAT TAHUN BARU 2015 : IKHLAS DARI SAYA : IBM. Wassalam!.

No comments:

Post a Comment