Pages

Thursday, December 4, 2014

SELEPAS TONY PUAKA, GILIRAN RAFIZI PONDAN PULA KENA SAMAN. CANTEKKKK!

KHAMIS, 04 DEC 2014
PADAN muka lanun-lanun dari Pakatan Rakyat (PR) kena saman. Berita hari ini melaporkan, selepas menyaman Tony Pua berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini menyaman Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli pula berhubung subsidi minyak. Menurut ahli Parlimen Pandan itu, beliau menerima surat‎ memohon penjelasan daripada firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili Najib hari ini. Beliau berasa bangga mendapat saman dari seorang Perdana Menteri kerana mempertahankan hak rakyat untuk mendapatkan subsidi minyak sekurang-kurangnya 30 sen seliter dalam keadaan pimpinan negara berbelanja sewenang-wenangnya dana rakyat dalam projek-projek yang membebankan rakyat seperti 1MDB," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini. Si pondan Rafizi sudah menjangkakan bahawa Datuk Seri Najib Razak akan mengambil tindakan saman terhadap beliau selepas rakan beliau YB Tony Puaka menerima surat yang sama minggu lepas.  

Beliau percaya ia ada kena mengena dengan kritikan berterusan dari mereka berdua mengenai 1MDB, katanya. Pada 21 November lalu DS Najib menghantar surat tuntutan kepada Pua ekoran kenyataan yang dibuat terhadapnya pada 3 November mengenai 1MDB. Dalam surat yang ditandatangani peguamnya Datuk Mohd Hafarizan Harun, Pua diminta menyiarkan penarikan balik kenyataan itu dan memohon maaf dalam masa 14 hari dalam dua akhbar nasional atau menghadapi tindakan saman ekoran ucapannya yang dirakamkan pada 3 November bertajuk "Tony Pua: Najib is creating the biggest scandal ever in the history of Malaysia". Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga diminta mengeluarkan video itu dari Internet, hentikan sebarang kenyataan fitnah dan membayar sejumlah wang pampasan kepada Najib. Menurut Rafizi, beliau sudah beberapa kali menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan pimpinan Umno berhubung isu subsidi minyak

Sehingga sekarang tidak ada seorang pun pimpinan Umno – dari ketua Pemudanya hingga ketua penerangan yang berani tampil berdebat mengenai subsidi minyak ini, kata Rafizi merujuk kepada Khairy Jamaluddin dan Datuk Ahmad Maslan. Maka, surat ke arah tindakan saman dari Datuk Seri Najib Razak ini kena tepat pada masanya. Dalam keadaan tiada pimpinan Umno yang berani berdebat secara terbuka mengenai subsidi minyak, sewajarnya Najib tampil menjawab hujah-hujah beliau secara terbuka. Rafizi sekali mengulangi cabarannya agar Najib berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim khusus mengenai isu subsidi minyak yang dikatakan menjadi isu besar di kalangan rakyat. Sementara itu, Rafizi akan menjawab surat Najib dan bersedia memberi keterangan di mahkamah kelak.  Beliau juga percaya Najib akan menggunakan mahkamah dengan menjadi saksi dan memberi keterangan mengenai 1MDB, wang pencen dan kes-kes lain yang berkaitan dengan keputusan beliau memotong subsidi, katanya. Berbalik kepada saman yang si Rafizi pondan terima dari peguam DS Najib, sememangnya si Rafizi merasa kecut. 

Ini sumber yang IBM dapat dari rakan IBM dalam Pakatan Rakyat. Tentang isu 'berdebat' yang Rafizi dan Tony Puaka ingin adakan, ramai penganalisis politik berpendapat, itu hanya membuang masa. Melayan kerenah pembangkang seperti si Rafizi pondan dan Tony Puaka adalah kerja sia-sia dan membuang masa. Banyak lagi kerja-kerja yang berfaedah yang boleh kerajaan lakukan. Maka, kepada pembangkang, terutamanya Rafizi pondan, harap bersedia dan dapatkan peguam yang handal-handal agar kamu tidak 'kantoi' dan jadi pemimpin dari pembangkang yang hanya mengeluarkan 'air lior', cakap bergegar-gara ibarat tin kosong. HAMPEHHHH!. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment