NAMPAKNYA peluang pembangkang untuk mengunakan mahasewel-mahasewel di Universiti Malaya (UM)bagi tujuan politik 'songsang' mereka tertutup rapat. Ini ekoran pentadbiran Universiti itu mengeluarkan surat pekeliling bagi tujuan tersebut. Tiada lagi aktiviti 'politik' didalam dan luar kampus. Keputusan terpaksa dibuat akibat peningkatan aktivisme mahasiswa, Universiti Malaya (UM) dikatakan mengeluarkan perintah melarang kakitangan mereka menganjurkan aktiviti politik di dalam dan luar negara. Dalam surat pekeliling bertarikh 23 Disember 2014 yang sudah tersebar di media sosial seperti Facebook, universiti tertua negara itu mengatakan mahasiswa dan kakitangan mereka aktif dengan aktiviti politik sejak akhir-akhir ini. Sehubungan itu, pengurusan universiti memandang serius terhadap mana-mana tingkah laku, tatalaku, perbuatan dan kelakuan yang tidak menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat serta patuh undang-undang. Menjadi satu kewajipan staf UM pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang Di Pertuan Agong, negara, kerajaan dan Universiti Malaya, menurut pekeliling itu.
Surat pekeliling itu yang dikeluarkan Pendaftar Yusoff Musa berkata untuk melindungi kepentingan universiti, ia melarang kakitangannya termasuk mereka yang sedang bercuti belajar, menghadiri seminar atau kursus dalam atau luar negara, daripada terbabit secara aktif menganjurkan aktiviti politik. Tindakan itu susulan universiti itu menjatuhkan hukuman terhadap 8 pemimpin pelajarnya yang digelar UM8, kerana menganjurkan program melarang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki kawasan kampus pada hujung Oktober. Dua pelajar itu – bekas Presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) Fahmi Zainol dan Presiden Pro Mahasiswa UM Safwan Shamsuddin digantung pengajian sementara yang dilain didenda RM150 setiap seorang manakala seorang dilepaskan dengan amaran. Pensyarah undang-undang UM Dr Azmi Sharom, yang juga presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM menyokong program Anwar itu, walaupun universiti terlebih dulu menghalang penganjurannya. Azmi mengkritik universiti kerana “pendirian antagonistik” terhadap pelajarnya, mengatakan larangan terhadap ceramah Anwar tidak konsisten dengan aspirasinya untuk menjadi institusi pengajian tinggi yang terkenal di peringkat antarabangsa.
SURAT PEKELILING YANG DIEDARKAN OLEH UM
Sementara itu, IBM difahamkan, sebuah portal pro pembangkang cuba menghubungi pentadbiran UM untuk mengesahkan pekeliling itu. Tapi, setakat ini tidak berjaya kerana pegawai yang terbabit tidak mahu diganggu. Sekalung tahniah IBM ucapkan kepada pentadbiran Universiti Malaya yang mengambil tindakan segera bagi menyekang dari menjularnya politik yang tidak sihat angkara dari pembangkang yang mengambil kesempatan mengheret para mahasiswa supaya berpolitik sekali gus menentang kerajaan yang sedia ada. Diharap juga agar Universiti-Universiti yang lain mengikut jejak langkah UM untuk tidak membenarkan mahasiswanya terlibat secara langsung dengan politik kerana belum masanya mereka (mahasiswa) untuk berpolitik. Tamatkan pengajian dahulu. Itu yang penting, kerana masa depan mereka-mereka itu terletak di tangan mereka sendiri. Pembangkang hanya memperkuda-kudakan mereka sahaja. Moga dengan larangan tersebut membuat mahasiswa lebih fokus di dalam pembelajaran mereka. Politik tolak tepi dulu. Wassalam ~ IBM
No comments:
Post a Comment