Pages

Monday, January 5, 2015

BILA MASA MALAYSIAKINI HARAM JADAH NI JADI SPY MENGINTIP KEMANA JET VIP AIRBUS A319CJ DAN PM PERGI?

ISNIN, 05 JANUARI 2015
BILA masa portal pembangkang malaysiakini jadi spy, mengintip segala pergerakan, perjalanan yang melibatkan jet VIP Airbus A319CJ yang digunakan oleh Perdana Menteri untuk perjalanan keluar negara? Siapa yang upah mereka?, apa kuasa mereka untuk menyiasat? Nampaknya malaysiakini masih tak serik-serik kerana sebelum ini Perdana Menteri ada membuat tuntutan saman terhadap malaysiakini. Terkini, sekali lagi malaysiakini seolah-olah ingin mencemar dan memburukkan nama Perdana Menteri. Didalam portalnya hari ini, malaysiakini mempertikaikan dan menyoal perjalanan mengelilingi dunia, jet VIP kerajaan yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama, akhirnya telah pulang ke Malaysia. Pesawat Airbus A319CJ dengan nombor pendaftaran 9M-NAA mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 10.20 malam tadi, demikian menurut sistem pengesanan penerbangan, Flightradar24, selepas berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok Don Mueang sejak hari Jumaat. Sebelum IBM panjangkan isunya sikit, IBM nak tanya, siapa malaysiakini yang beria-ia nak tahu kemana dan mengapa PM menggunakan jet VIP Airbus A319CJ? apa motif mereka?

Ia kemudian berlepas lagi 35 minit kemudian menuju ke Lapangan Terbang Subang di mana ia biasanya disimpan. Menurut malaysiakini DS Najib telah menemui rakan sejawatannya dari Thailand Prayuth Chan-ocha di Bangkok pada 2 Januari 2015, selepas menghabiskan beberapa hari sebelumnya meninjau kawasan yang dilanda banjir di seluruh Malaysia. PM dijadual menghadiri satu majlis di pejabatnya di Putrajaya pagi ini, tetapi ia sebaliknya dihadiri oleh oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut malaysiakini, sebelum ini, pesawat itu berlepas dari Subang ke Honolulu, Hawaii pada 20 Disember tahun lalu di mana Najib bercuti dengan keluarganya dan bermain golf dengan Obama. Percutian itu telah dipendekkan apabila Najib pulang pada 27 Disember ekoran keadaan banjir yang semakin buruk di negara ini, dan tiba di Kota Bharu dengan jet lain. Sejak 26 Disember bagaimanapun, pesawat Airbus itu berlepas tanpa Najib ke Los Angeles, Indianapolis, kembali ke Los Angeles, New York, London, Dubai, dan akhirnya Bangkok. Kebanyakan perhentian ini mengambil masa tidak lebih daripada beberapa jam, kecuali di Indianapolis - selama enam hari - dari 26 Disember sehingga 31 Disember. Ia tidak jelas siapakah yang telah menggunakan jet itu sehingga tiba di Bangkok atau untuk tujuan apa. 


Bagaimanapun, Indianapolis juga merupakan tempat syarikat Comlux Aviation berpangkalan. Syarikat itu telah mengubahsuai pesawat itu sebelum ini dan dilaporkan mempunyai kontrak perkhidmatan dan penyelenggaraan selama enam tahun untuk pesawat itu sejak 2013. Pejabat perdana menteri dan Comlux masih belum memberi respons terhadap pertanyaan malaysiakini pada 2 Januari yang ingin mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu. Persolannya di sini, siapa malaysiakini ni yang begitu sibuk seolah-olah jet tersebut milik mereka dan pembangkang? Dah tak kerja dan modal lain ke malaysiakini ni untuk di paparkan di dalam portal mereka selain daripada menfitnah dan mencari silap orang?. Sebagai pemimpin no 1 negara, PM berhak menggunakan pesawat VIP tersebut. Selagi DS najib bergelar Perdana Menteri, beliau layak menggunakan jet VIP tersebut untuk keluar negara, apatah lagi bila ianya melibatkan urusan negara. Apa, pembangkang ni tak ada otak nak fikir ke? Patutlah pejabat mereka di Bangsar di simbah dengan cat merah oleh kumpulan (tahun lepas 2014) yang anti dan benci cara mereka mengeluarkan berita sensasi yang tidak tepat yang penuh dengan fitnah dan menimbulkan rasa kebencian rakyat terhadap kerajaan. 

Bagi IBM, malaysiakini harus di hapus dan diharamkan. Ianya amat-amat bahaya bagi masyarakat Malaysia amnya. Malaysiakini jelas dipergunakan oleh pembangkang bagi tujuan memburukan nama baik kerjaan Barisan Nasional (BN). Pembangkang sudah mempunyai Cyber Trooper mereka iaitu, Red Bean Army bagi tujuan fitnah dan mereka masih beroperasi dilaman-lamam blog pro pembangkang, laman sosial seperti Facebook dan lain-lain lagi. Itulah perancangan pembangkang bagi menjatuhkan kerajaan BN pada PRU ke-14 nanti, dan sekali gus menakluki Putrajaya. Maka, kita semua yang pro kepada kerajaan harus berkerja keras membantu kerajaan BN, menangkis segala tomahan yang dibuat oleh pembangkang seperti yang dilakukan oleh malaysiakini. Lawan, kita tetap lawan sampai ke titisan darah. Kita tidak ingin negara kini ini di perintah oleh pembangkang yang mempunyai agenda jahat dan seterusnya akan melingkupkan negara. Fikir-fikirkan. Wassallam ~ IBM

2 comments:

  1. haram jadah PR ni mereka nk perang saraf rakyat supaya menentang segala2nya.

    Kelantan musnah teruk PR meloyakini tak sibuk nk tuntut Anwar, Lim Sial dan Mat Sabu cari dana utk pulihkan Kelantan.
    Asyik nk kacau urusan Najib. LANTAKLAH NAJIB atau PESAWAT tu nk kemana itu urusan negara.. semua ada rekod..

    Kalau dh kemaruk xboleh jd Pii Emm jgn lah meroyan mcm BABI hutan menonyondol bukan2.

    Babi2 PAS mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~PASDAPX,

      Salam. Memang malaysiakini penyebar FITNAH no1 negara. Portal haram jadah milik pembangkang haram jadah...

      Delete