Pages

Monday, January 5, 2015

FAEKAH HUSIN & TUJUH RAKAN YANG LAIN AKAN LAWAN AZMIN ALI ISU PAMPASAN (SKANDAL) RM2.6 JUTA. BERGADUH LE KORANG!!

ISNIN, 05 JANUARI 2015
LAWAN tetap lawan. Demi wang, apa jadi, jadilah. Itulah yang terpahat di dalam kepala otak Faekah Husin dan tujuh lagi pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Jesteru, Faekah dan the gengs berkemungkinan akan melantik peguam untuk memperincikan isu pampasan yang dibayar kepada mereka, bernilai RM2.6 juta. Menurut sumber, bekas Ketua Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin berkata pihaknya akan mendapatkan khidmat guaman bagi mendapatkan penjelasan dari setiap sudut agar kontroversi itu diselesaikan tanpa isu berbangkit. Justeru, sehingga saat itu, beliau dan tujuh lagi pembantu Khalid tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan bersabit isu itu. Menurut Faekah beliau akan teliti surat sebelum komen apa-apa. Insyallah mereka  juga akan melantik peguam yang akan melihat setiap sudut khusus perundangan sebelum mengambil sebarang tindakan, katanya kepada sebuah portal tempatan melalui aplikasi WhatsApp. 

Kelmarin IBM terbaca diakhbar-akhbar dan juga media sosial, Faekah dan tujuh lagi bekas rakan sekerjanya diarah untuk membayar semula pampasan bernilai RM2.6 juta yang kononnya dibayar secara tergesa-gesa oleh pentadbiran MBI yang terdahulu. Malah Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata pembayaran pampasan itu dilaporkan melanggar prosedur selain melibatkan jumlah yang tinggi. Azmin kemudiannya berkata kesemua lapan individu itu tetapakan  dibayar pampasan namun mengikut jumlah yang sepatutnya. Kesemua pembantu Khalid diarahkan mengembalikan pampasan dalam masa 14 hari. 

Boleh ke Faekah dan rakan-rakannya yang lain bayar dalam masa 14 hari? IBM tak mahu komen banyak-banyak. Kita tunggu dan lihat sahaja dan kadang-kadang seronok juga tengok pemimpin-pemimpin PKR ni bergaduh sesama sendiri. Dan kini PKR sudah dilihat berpuak-puak. Masihkah rakyat percaya kepada parti anak-beranak ini yang telah banyak menyusah dan menyesatkan rakyat dengan janji-janji manis mereka?, tapi...semuanya HAMPEHHHH! Wassalam ~ IBM

2 comments:

  1. Geng kena byr balik duit tu bukan ahli pkr dah. Resign bila bosnya kena pecat dari pkr itu hari. Aku dh agak, masa dlm pkr dulu kalau bercakap tak ingat dunia. Semua yg buruk semua yg busuk tu umno. Kini ko jwb sendiri parti yg ko anggap keramat hidup tu dh makan diri sendiri. Jwb la.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~usin,

      Salam. Memang btl pun. Mulut sebetina ni semasa memegang jawatan amatlah busuk sekali. Skrg padan muka, berkelahilah sesama sendiri dan harap PKR lingkup cepat...

      Delete