Pages

Thursday, January 15, 2015

GEMPAK!! KERAJAAN AUSTRALIA TAK BENARKAN SIRUL DIPULANGKAN KE MALAYSIA UNTUK JALANI HUKUMAN GANTUNG??

KHAMIS, 15 JANUARI 2015
SEJAUH mana kebenaran cerita ini belum dapat dipastikan lagi.  Ini kerana ianya di laporkan oleh Sydney Morning Herald sebuah portal yang berpengkalan di Australia yang mempunyai ciri-ciri mirip portal tempatan pro pembangkang, penfitnah no 1 di Malaysia, iaitu malaysiakini. Sydney Morning melaporkan bahawa Australia tidak akan memenuhi permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang bekas anggota elit polis, Sirul Azhar Umar. Laporan Sydney Morning Herald itu juga menyebut, permohonan tersebut tidak akan dipenuhi kerana ia melibatkan hukuman mati. Laporan itu memetik kenyataan Jabatan Peguam Negara Australia yang menyebut, ia hanya akan dipenuhi sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati tersebut. Undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seorang individu diserahkan kepada sebuah negara untuk satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati, melainkan negara itu memberi kepada Australia satu janji bahawa hukuman mati tidak akan dijalankan, laporan itu dipetik. 

Australia merupakan salah sebuah negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya. Sirul Azhar (kiri), yang merupakan tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, tidak hadir ke mahkamah pada hari Selasa lalu dan susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya. Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lepas. Mahkamah Persekutuan juga sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan kedua-dua mereka. Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya. Pada 9 April 2009 Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu. 

Gambar Sirul, 43, dan Azilah, 38 (kanan) juga diperolehi hari ini dengan ehsan polis Bukit Aman. Seperti yang kita semua tahu, Sirul dan Azilah sebelum ini berjaya mengelak wajah mereka dirakam oleh lensa kamera sepanjang tempoh perbicaraan dan rayuan, sejak hampir sedekad lalu. Kedua-duanya menutup wajah masing-masing dengan rapi ketika dibawa masuk dan keluar daripada bilik Mahkamah. Persolannya, adakah Australia berhak mencampuri hal-ehwal negara orang lain seperti Malaysia ini, dan mencabuli undang-undang negara orang? Memang betul, di Australia tidak memperuntukan hukuman mati  dalam undang-undang negaranya, tapi, Sirul tu bukannya rakyat Australia. 

Beliau (Sirul) dikhabarkan pergi bercuti ke Australia setelah Mahkamah Persekutuan membebaskan beliau dan rakanya, Azilah daripada hukuman gantung setelah rayuan pertama mereka berjaya di dalam kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibu. IBM tidak memihak pada mana-mana pihak pun, tapi agak pelik juga lah sekiranya perkara ini berlaku. Terselamat le si Sirul Azhar dan malanglah nasib Cif Inspektor Azilah. Ke tali gantung akhirnya. Apapun, berita ini belum ada kesohehannya. Kita tunggu laporan dari Polis Bukit Aman dan tindakan selanjutnya. Berita gempak ini bolehlah dianggap agak luar biasa kerana si Sirul ibarat orang mati hidup semula. Wassalam ~ IBM

No comments:

Post a Comment